Saturday, November 30, 2013
Sarung bantal baru
Dinasour
Thursday, November 28, 2013
Avon
Nak stop ke tak
Semalam seperti biasa Danial pi tusyen. Dia okey je pi tusyen tu walaupun dia selalu tanya kenapa kena sekolah malam malam. Ada jugak dia merungut lama sangat kat kelas tu.
Nak balik semalam cikgu dia ada tanya umo dia. Saya cakap la umo dia tahun depan 5 tahun. Kenapa cikgu? Cikgu tu kata kalau umo macam dia tu standard la kadang fokus kadang tak fokus. So nanti progress dia akan lambat sikit la dari budak budak yang lebih besar daripada dia. Saya pun memang faham tu. Saya pun tak paksa dia untuk belajar. Kalau dia minat saya hantar. Kalau tak minat saya stopkan la.
Hari ni tengah pikir samada nak hantar lagi ke tak. Kalau tanya dia kata tak nak. Tapi bila hantar dia redho je.
Tuesday, November 26, 2013
Friday, November 22, 2013
Mengapa Orang yang Mati Syahid Tampak Tersenyum?
Sebuah pesawat
JANGAN BUNUH SEMUT!
kalau nampak semut banyak-banyak dalam rumah seperti yang pernah dipesan oleh nabi kita junjungan rasullah dulu kita ucaplah "Assalamualaiku
"Ini rumahku, Aku mahukan kebersihan, Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya.. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat"..
Jika kita tak suka semut-semut berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/ sheildtox/
Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran.
Thursday, November 21, 2013
Kalau hari hari fengsan
Nasib baik esok jumaat. Kalau hari hari fengsan. Mana taknya balik keje sampai rumah dah pukul 7. 7:45 dah nak hantar adik pi tusyen. Habis tusyen pukul 9:30. Japgi balik tusyen ada pulak yang nak makan. Sampai rumah dalam pukul 10:30. Time bila pulak nak sidai baju tu. Takot la nak sidai baju tengah tengah malam.
Time cuti sekolah ni sangat packed sebab adik tusyen. Kalau tak cuti sekolah pun packed jugak. Tapi tak la sepacked time cuti sekolah.
Wednesday, November 20, 2013
Esok mak pegi Johor
Esok mak saya nak pegi Johor
Anak anak saya nak ikut tapi saya tak bagi
Lama jugak mak saya pegi sana
Sampai hari isnin
Nanti demam rindu la saya kalau mereka tak ada
Dari kecik tak pernah berenggang dengan mereka
Nampaknya sabtu dan ahad ni kena la bawak mereka pegi jalan jalan
Nak isi masa lapang mereka yang ketiadaan wan untuk beberapa hari
Kalau tak bawak jalan jalan tu mesti memberontak
Sebab mereka nak pegi Johor saya tak kasi
Lagipun saya cakap dengan mereka kalau mereka tak pegi Johor saya bawak pi jalan jalan sabtu ahad ni
Tu yang mereka sanggup tak pegi Johor tu
Esok saya terpaksa ambik cuti la
Nampaknya hari jumaat dan isnin terpaksa la tinggalkan mereka kat rumah mertua saya
Dekat je pun
Tapi tu la kan
Pagi pagi sebelum pi keja nak kena hantar la mereka ke sana
Petang lepas balik keja kena angkut pulak balik rumah
Hurm....
Note : Sorry ye kawan kawan. Saya dah jejak rumah korang tapi tak boleh nak tinggalkan komen. Pc problem. Nanti ada masa saya bw tru fon dan tinggalkan komen ye. Dah pukul 5.10 petang. Jom siap siap nak balik. Yahuuu....
Kelas membaca
Semalam baru second day
Cikgu kata dia tak ingat apa yang dia belajar semalam
Agaknya budak umo 4 tahun memang camtu kot
Lambat sikit nak ingat
Tapi dia dah dapat kawan dalam kelas tu
Kawan dengan orang besar besar
Yang umo 5 ke 6 tahun
Friendly sangat tau
Monday, November 18, 2013
Danial dan kelas membaca
Semalam saya dah daftar Danial untuk kelas membaca sempena cuti sekolah ni.
Tapi sekarang dalam di lema pulak nak hantar ke tak nak
Danial baru umo 4 tahun lebih sebab dia lahir bulan september
Tahun depan dah nak masuk Tadika
Tujuan nak hantar dia ke kelas membaca tu supaya dia cepat membaca
Kelas tu diadakan pada sebelah malam dari pukul 8 sampai pukul 9.30
Hari isnin sampai khamis
Dalam kelas tu pulak hanya ada beberapa orang murid sahaja
So cikgu senang nak fokus
Pada pendapat u olls better hantar ke tak ek danial pegi kelas membaca seawal 4 tahun plus plus ni
Sunday, November 17, 2013
Berturut turut shopping
Dua hari berturut turut shopping
Semalam si kakak dapat henbeg dengan skirt
Adik dapat 2 pedang ninja rurtle
Danish dapat mainan jugak
Hari ni shopping dengan ayah pulak
Kakak dapat kasut
Adik dapat drum
Abang ngah dapat skuter
Abang ngah dapat skuter sebab ayah dah janji dengan dia nak beli skuter
Sebab abang ngah cemerlang dalam exam akhir tahun
Nak tak nak kena la belikan jugak
Kalau tidak puting beliung nanti
kalau boleh saya tak nak la ajar anak anak saya shopping sangat
membazir je
tapi ntah bila la nak jadi kenyataan tu
masa saya kecik kecik dulu takde lah kaki shopping pun
ye lah mak tak keje
ayah pun tak de
tak de orang nak bagi duit untuk shopping
pakai la apa yang ada
tapi budak budak sekarang ni shopping
mengalahkan orang yang dah keja
Friday, November 15, 2013
Kreatif sangat
pandai je mereka cipta
macam macam bentyk jadinya
Thursday, November 14, 2013
Alhamdulillah
Tahniah buat Zafran
Moga kejayaan ini berterusan sampai ke tahun tahun akan datang
Nabila punya
Sempena johan pertandingan bijak sifir
Lagu pertandingan ni ibu yang cipta tau
Kira hebat jugak la ibu ni cipta lagu ek
Sampai boleh menang gitu
(Boleh tak nak perasan gitu. Hi hi hi...)
Monday, November 11, 2013
Hari isnin yang hujan
Saturday, November 9, 2013
Nasib baik tak warded
Tapi dia tak nak pegi sebab tak larat katanya
Hari ni ada majlis penyampaian anugerah kat sekolah
Ibu pun tak sangka zafran nak dapat hadiah
Tetiba je petang semalam guru kelasnya call ibu suruh zafran datang sekolah hari ni
Pagi tadi bawak hero hero ibu ni pegi hospital
Nasib baik tak kena tahan wad
Result buat blood test doktor kata demam sebab virus
Sebundut jugak la doktor bagi hero hero ibu ni ubat
Macam pegi shopping pulak
Bil hari ni mencecah RM1000 lebih untuk 2 hero ni
Nasib baik company bayor
Friday, November 8, 2013
Total parking hari ni
Huwaaaaa rasa nak nangis
Tapi terpaksa
Sana sini Musim demam
Setengah jam menunggu
Tu pun parking kat open parking
Agak agak berapa la total kena bayar parking hari ni kalau setengah jam yang pertama RM2/- dan setiap jam berikutnya RM4/-.
Parking dari pukul 11.00 pagi sampai 5.30 petang. Hajat di hati cam nak balik tengah hari ni sebab adik ngan abang demam. Tapi takut datang petang karang tak de parking pulak. Kat sini parking memang very the worst.
Thursday, November 7, 2013
Rindu kat budak nih
Hari hari tanya ibu balik keje cepat ke lambat
Budak yang dah nak masuk tadika tahun depan
Budak yang selalu pot pet pot pet
Yang tak henti henti bercakap
Sampai ibu pun tak larat nak layan
Macam macan hal
Semalam baru terbongkar rahsia yang setiap hari zafran bagi duit kat kawan dia Lokman seringgit. Kakak kata jumlah zafran bagi duit kat kawan dia maybe dalam rm10 ke atas. Kawan dia selalu mintak duit dengan zafran. Dia kata kalau zafran tak nak bagi dia tak nak kawan.
Aduhai budak budak sekarang ni kan. Suke beno mintak mintak duit kat kawan. Mak bapak bagi tak cukup ke.
Ada satu kes pulak sebelum ni zafran kata ada kawan dia tu bawak duit banyak sangat ke sekolah. Kadang kadang bawak sampai rm50. Siap agih agih duit untuk kengkawan lagi. Rupa rupa mak budak tu kata anak dia pecah tabung kat rumah. Maknye pelik sebab setiap hari anaknya tu beli menan lepas balik dari sekolah. Sedangkan duit belanja yang mak dia bagi tu sikit aje.
Macam macam hal la budak budak ni kan.
Wednesday, November 6, 2013
Agak agak selamat tak
Agak agak korang selamat tak kalau parking kete kat tepi tepi jalan kat depan stesen komuter tu. Bukan kat tepi jalan yang jalan besar tu tapi kat tepi jalan yang betul betul depan stesen tu. Rasa takut jugak nak parking kat situ. Parking yang ada selama ni dah tutup. Ada bukak kawasan parking baru tapi agak jauh nak menapak. Kalau hari hujan lagi la payah. Kena bayar 3 hengget pulak tu.
Korang rasa macam mana ek? Selama tak bawak kete ni mintak khidmat hubby la tolong hantar ngan ambik kat komuter. Bila tak bawak kete ni nak ambik anak balik sekolah pun susah. Orang laki ni mana nak susah payah kan. Deme nak senang je. Part yang susah payah tu bagi kat bini. Tak patut betul kan.
Ragam anak
Malam tadi
Anak : ibu, boleh tak esok tak nak pegi sekolah agama. Sekolah petang abang ngah pegi.
Ibu : nanti la ibu pikir macam mana. Kalau dok kat rumah pun asyik bergaduh je baik pegi sekolah.
Anak : okey okey abang ngah tak bergaduh.
(selagi tak bagi jawapan selagi tu la dok tanya)
Pagi tadi
(masa ibu kat dalan tren nak pi keja)
Anak : ibu boleh tak tak nak pegi sekolah kebangsaan.
Ibu : kata semalam tak nak pegi sekolah agama je. Sekolah kebangsaan nak pegi.
Anak : (dalam nada nak menangis). Abang ngah kata abang ngah nak pegi la sekolah agama. Sekolah kebangsaan yang abang ngah tak nak pegi.
Suka hati nko la anak. Dia tu memang tak berminat nak pegi sekolah pun. Asik nak cuti je. Duduk kat rumah pun bergaduh dengan adik je kejenya. Adik tak usik dia tapi dia yang kacau adik dulu. Pastu bila adik balas balik mula la dia nak mengamuk.
Anak no 2 memang camtu kut.
Note : komputer kat opis tak boleh bukak lagi. Boleh on tapi network tak ada. Talipon pun tak leh guna. Apa lagi kan. Buat la apa yang patut. Hi hi hi
Monday, November 4, 2013
Cupcake minion
Tak nak yang kecik tapi nak yang becar katanya
Nanti nanti lah ibu oder kat kedai ye
Buat masa ni makan la cupcake banana yang tecik tecik ni dulu tau
Beriye iye nak cake tapi makannye seketui je...
Sape cuti hari ni. Syoknye kalau cuti hari ni. Saya keje. Cuti dah tak de. Kalau banyak annual leave mau cuti gak hari ni.
Jeles saya tau pada sesape yang cuti tu. Enjoy your holiday...
Friday, November 1, 2013
Pentingnya insurans zaman sekarang
Kisahnya husben ai ni dari dulu lagi ai suruh dia ambik insurans tapi dok bertangguh tangguh
Sekarang dah ada macam macam penyakit kan susah
Insurans pun tak nak terima dah sebab dia dah ada heart attack
Sekarang kalau sakit demam kena la refer ngan hospital gomen
Servis kat hospital gomen tu paham paham je la
Sangat lambat
Kena q panjang
Kalau pegi pagi pagi buta pun belum tentu dorang panggil pukul 10
Berjanggut la nko tunggu kat situ
Silap haribulan tengah hari atau petang baru dia cek
Opis ai pulak hanya cover untuk ai dengan anak anak je
Husben dia tak cover
Tapi kalau husben keje kat situ
Semua anak bini dia cover
Untung la kalau korang keje kat company yang cover anak beranak laki Bini
Rasanya insurans sekarang dah jadi benda yang penting
Nak masuk hospital mana tak kisah lah
Kat hospital gomen pun boleh pakai kad insurans tu
Tak rugi pun ambik insurans
Cuma kena kluar belanja lebih la sikit
Kena ikat perut semata mata nak baya duit insurans tiap tiap bulan
Penyakit sekarang ni macam macam
Maklum la zaman serba canggih kan
Penyakit pun makin canggih
Penyakit pulak tak kira la sape dia nak serang kan
Orang tua orang muda sume dia pukul sama rata jek
Korang ada ambik insurans tak.
Bila badan rasa tak sihat
Hari ni emergency leave sebab nak bawa husben cek darah kat hospital
Dah dua tiga hari dia tak sihat
Hari ni ai terpaksa berkeras jugak ajak dia pegi hospital
Orang laki ni memang camtu agaknya
Bila sakit susah sangat nak pegi hospital atau klinik
Bila kat rumah sakit tu sakit ni
Tiba tiba pulak ai yang rasa nak demam
Sakit sakit badan sakit pinggang
Malam tadi pun tak boleh tido
Bila telan air liur sakit tekak sampai ke telinga
Last week pun camtu gak
Dah mc dah
Minggu ni jadi lagi