Saturday, March 23, 2019

Perth 22 Nov - 2 Dec 2018


Seronok pergi Perth. Kat sana pukul 4 pagi dah macam pukul 7 kat sini. Kat sana pukul 6 pagi aku dah tung tang tung tang kat dapur buat sarapan. Kedai kat perth bukak pukul 10 pagi dan tutup jam 5.30 petang. Malam memang sunyi sepi kat sana. Makan kat luar hanya waktu lunch sahaja. Breakfast dan makan malam sumenya kat rumah. Nasib la kat sana senang nak dapat barang basahan.




















Hong Kong 19-23 Jan 2019

First time travel sendiri tanpa travel ejen. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sebelum sampai sana tak tido malam dibuatnya. Hong kong ni best sebab public transport dia senang dan banyak. Masa kat sana kami hanya naik MTR ke sana ke sini. Naik Tram pun best jugak. Kebetulan hotel yang kami duduk berdekatan dengan stesen MTR. 

Itenari kami semasa di Hong Kong

First day - lepak kat hotel je sebab sampai hotel jam 4 petang. Malam tu kami Makan di kedai Warung Malang iaitu sejenis masakan Indonesia. Makanan di sini sedap tetapi agak mahal. Total kami kena bayar sekitar HKD600 padahal kami hanya makan nasi lemak sahaja.

Hari kedua - Jalan jalan ke Ladies market dan snicker street. Ladies market macam pasar malam sahaja manakala snicker street banyak kedai kedai kasut. Lenguh kaki la jugak menapak kat situ. 

Hari ke tiga - Jalan jalan ke Disneyland. Rasa tak cukup masa pegi sini. Walaupun bukan cuti sekolah tapi penuh sesak jugak tempat ni.

Hari ke empat - Jalan jalan ke The Peak Tram, Madame Tussaud dan Skyterrace. Nasib baik la beli tiket melalui klook. Kalau tak kena beratur panjang. Mungkin sampai petang baru boleh naik ke atas.

Hari kelima - pukul 10 kami dah bergerak ke airport walaupun flight kami pukul 2 petang. Airport Hong kong ni tersangatlah besar. Nak naik flight pun kena naik tren dulu untuk ke terminal. 

















Kesayangan


Mulanya bela sekor je. Lepas tu bertambah tambah pulak anak bulus ni. Sekarang dah jadi 5 ekor. Tu pun sebab sekor dah mati. 


Ni namanya Tam. Tengok la mata dia tu. kalau tengok orang macam nak terkeluar biji mata. 


Ni nama dia Ct Oyen. Datangnya dari mana ntah la. Menumpang kat rumah ni 2 minggu dan akhirnya jadi tuan rumah terus.


Ni namanya Leo dan Ciko. Asalnya mak dia dok datang makan kat rumah. Bulan 12 tahun lepas siap angkut anak anak lagi datang rumah. 3 ekor anak dia semua. Tapi sekor dah mati bulan februari hari tu.


Ni nama dia gemok. Kejenya makan je. Kejap kejap makan.

Sebenarnya malas nak bela kucing. Duduk bandar ni leceh kalau bela kucing. Kalau duduk kampung senang sebab kucing bebas kat luar rumah. Tak payah nak sediakan litter box bagai. Ni bangun pagi pagi dah kena uruskan kucing sampai la ke malam tak habis habis dengan kucing. Nak buang sayang pulak. Nak tak nak bela la selagi terdaya.