Hari Jumaat kami dah sampai dari kampung. Plan nak pegi Kidszania hari Sabtu. Tapi hari Sabtu tu tak valid untuk tiket yang ada promotion. So kami pilih hari Ahad iaitu semalam 3 Ogos 2014. Pukul 9 pagi dah start beratur nak beli tiket which is kaunter buka pukul 9.30 pagi. Kalau lambat maka panjang la qeueu tu nanti. Pukul 10 dah dapat masuk Kidszania tu. Tukar cek sorang kanak kanak dapat la 50 kidszos. Kidzos tu macam duit. Boleh guna kat certain certain tempat macam kat vitagen factory ataupun kat cadbury factory. Ada jugak job yang dorang akan bayar anak anak kita salary contohnya macam posmen.
Memang puas hati la pegi Kidszania ni. Best sangat. Kalau anak anak dah besar boleh biarkan dorang ni bebas kat dalam tu. Dia akan pilih job mana yang dorang suka. Anak anak saya masuk je kidszania tu terus tuju fire fighter. Kalau hari biasa memang tak de peluang la nak jadi fire fighter ni sebab ramai sangat. Time semalam tak ramai sangat orang. Maybe orang masih bercuti ataupun kat kampung. Memang sesui sangat pegi semalam. Puas dorang dapat main. Dari 10 pagi sampai pukul 4 petang kami kat situ. Mak mak ni rasa dah nak tercabut kaki. Yang anak anak pulak cergas dok lari sana sini.
Total harga tiket kami semalam hanya RM114 je. Kalau hari biasa mahal lagi. Tiket yang kami beli semalam untuk kanak kanak RM36 x 2 orang. Dewasa pulak RM21 x 2 orang. Satu tiket kanak kanak dapat free sebab ada orang bagi semalam. Harga tiket yang free tu RM39.
Tapi yang tak bestnya kat kidszania ni makanan kat dalam tu sangat lah mahal. Air kotak sahaja RM4.50. Pop corn besar RM5.00. Twisties kecik RM1.00. Biskut oreo kecik RM4.00. Tu belum kira makanan cam nasi, aiskrim dan lain lain lagi. Tak boleh bawa makanan sebab nanti kat pintu masuk ada security guard yang akan cek beg. Nak tak nak pandai pandai la bajet nak berbelanja kat dalam tu.
Semalam masih ada banyak lagi kidszos yang tak guna. Nabila bawa balik je kidszos tu sebab dia kata lain kali nak pegi kidszania lagi dan boleh guna balik kidszos yang ada. Nak beli cenderamata pun sumenya mahal.
Kalau nak tahu info lanjut tentang kidszania boleh layari www.kidszania.com