Tuesday, December 31, 2013
Hakikat rezeki
Sihat itu rezeki
Bahagia itu rezeki
Banyak masa juga rezeki
Disayangi juga rezeki
Tak putus duit itu rezeki
Dapat (apa-apa) pun rezeki
Erti rezeki itu ialah apa yang kita NIKMATI
Kenapa namanya rezeki ? Kerana disaat kita merasai REZEKI itu , ramai orang diluar sana yang tak berpeluang merasainya .
Ya Allah , beruntungnya kita . Ingat , yang selalu kata TAK CUKUP itu ialah nafsu . Yang mengatakan CUKUP itu pula ialah iman . Maka , bersyukurlah .
Sumber : penawar kanser terbaik
Hidup ini
Tak semudah yg diduga.
Peritnya kadang tak terjangka.
Apa saja yg tiba
Jangan pernah buruk sangka
Sebab semua Allah punya rencana
Dia berhak tentukanNya
Kita hamba berdoa shj semampunya
Agar kita mampu hadapinya
Apa pun kita harus percaya
Ada hikmah disebaliknya
Perancangan Allah jualah yg sebaik-baiknya
- Ustaz Don Daniyal-
Sunday, December 29, 2013
Dapat ole ole
Tuesday, December 24, 2013
Sakit kepala bila anak dara asyik nak shopping je
Monday, December 23, 2013
Saya perlukan khidmat slimming centre
Walking with dinosour the movies
Friday, December 20, 2013
Donut big apple
Thursday, December 19, 2013
Dah nak buka sekolah kan
Dah nak buka sekolah kan tak lama lagi. Bermula la acara gosok baju, balut buku, hantar anak pi sekolah, ambik anak balik sekolah, hantar pi ngaji, hantar pi tusyen dan seribu satu perkara lagi nak buat. Yang paling saya tak suka sekali ialah gosok baju. Nak kena mengadap baju sambil bertapa kat satu tempat tu je. Ho ho ho...sungguh saya tak suka. Kalau baju sehelai je tak pe. Ni manyak helai woo. Sume anak dah sekolah. 3 pasang baju sekolah agama setiap sorang, 3 pasang jugak baju sekolah kebangsaan setiap sorang serta 3 pasang jugak baju tadika. Nak jahit lencana dan tanda nama kat baju lagi. Kan banyak keje tu. Saya jahit tangan pulak tu sebab kalau jahit dengan mesin tahun depan susah nak buka. Sedangkan tanda nama ngan lencana tu boleh guna lagi.
Tapi si anak dara sulung saya yang nak masuk darjah 4 tu kata dia boleh gosok baju dah. Baju adik pun dia boleh gosokkan. Aduhai terharu saya dengar niat suci kamu kakak.
Dah lama mengidam
Dah lama teringin nak beli note 3 ni. Siap pilih cover kaler pink jugak. Sama dengan cover iphone jugak.
Sebab apa sibuk nak beli note 3. Kan dah ada iphone. Sebab skrin note 3 ni besar sikit dari iphone. Tak sakit mata sangat. Senang nak terjah blog kawan kawan. Tapi apa apa pun senang lagi guna iphone dari samsung nih. Iphone sangat user friendly. Nak jawap call time driving pun senang sebab kecik je. Kalau note agak gedabak. Tak muat kalau pegang dengan sebelah tangan.
Tuesday, December 17, 2013
Bila kakak dan abang tiada di rumah
Saturday, December 14, 2013
Yeay dah balik rumah
Rindunya kat rumah.
Alhamdulillah adik dah balik rumah. Sikit pun tak merengek sakit tu sakit ni. Cuma sesekali je komplen sakit tekak.
Bestnye dapat makan eskem
Suke la tu pagi pagi dah dapat eskem. Memang peberet dia eskem pelangi ni. Sama macam ibu.
Harap harap hari ni boleh balik dah. Senang ibu nak buat projek kat rumah. Kawan kawan tolong doakan ye.
Friday, December 13, 2013
Tak jadi balik
Tetiba je adik demam la pulak. So tak leh balik lagi. Ibu pun nak demam dok kat sepital ni lama lama.
Danial dah selamat buang tonsil
Pukul 5:30 petang dah transfer ke wad. Nasib baik dapat single room. Selesa la sikit.
Wednesday, December 11, 2013
Persedian untuk ke sekolah
Nampaknya anak anak saya sume dapat baju sekolah baru tahun ni sebab baju sekolah yang tahun lepas dah tak muat. Maklum lah budak budak kan cepat membesar. Dah alang alang beli pakaian sekolah beli jugak la stok alat tulis, kaler , manila kad, kertas warna dan lain lain siap siap. Anak anak saya ni kalau kaler tu setahun sampai dua tiga kotak. Tengah ada promosi ni baik beli siap siap buat stok kat rumah. Nanti nanti bila nak guna tak la kelam kabut nak cari kan.
Kawan kawan dah shopping barang barang sekolah?
Tuesday, December 10, 2013
Danial operate buang tonsil khamis ni
Danial kena operate buang tonsil hari khamis ni 12.12.2013 pukul 9. Pukul 7 pagi kami dah kena ada kat sana. Semalam dah isi form admission ngan operation adik. Perasaan?? Tak tahu la nak cakap macam mana. Takut sedih risau dan macam macam lagi. Perasaan mak mak ni sukar nak digambarkan.
Tapi kalau tak buang tonsil tu nanti dia akan demam berulang ulang. Bila demam kena makan ubat. Kena makan antibiotik.
Saya pasrah. Mungkin itu jalan yang terbaik. Sedih bila pikirkan nak kena masuk ot room. Nak kena buat tu buat ni.
Doakan saya kuat ye kawan kawan. Dan doakan jugak agar semuanya berjalan dengan selamat.
Sunday, December 8, 2013
Kalau dah namanya pompuan
Keje di hari sabtu
Saturday, December 7, 2013
Sumbangan untuk mangsa banjir
Friday, December 6, 2013
Nutrifeon shaklee
Tuesday, December 3, 2013
Tonsilectomy
Ibu pulak yang seram dengar bab bab operation.