Sunday, April 16, 2017

Green Tea Latte Boh



Dah jadi trend dan gian pulak minum green tea ni. 
Nasib baik boh ada buat yang sachet ni. 
Tapi agak mahal la jugak. 
Satu bungkus ni ada 12 stick dengan harga RM15. 
Anak anak saya suka sangat dengan green tea ni. 
Kalau lalu kat Secret Recipe, Starbucks atau McD mesti ketagih nak green tea ni. 
Tak sah kalau tak beli.

Saturday, February 18, 2017

Shopping di Ho Chi Minh


Terbeli dengan harga RM20 satu. Mula dia letak 150,000 Dong. 
Boleh pulak saya pi tawar 100,000 Dong je. 
Patutnya mintak 50,000 Dong aje kan. Nyesal pulak beli.


Beg dompet manik. Ada 6 keping. Harga saya beli RM60. 
Mahal tak?
  

Sutera Vietnam. Harga RM65 sepasang


Sutera Vietnam


Beg Telekung. Harga RM40. 


Tak banyak sangat pun beli barang kat sana sebab takut kena rampas dengan Kastam kat Malaysia. Masa balik tu ada jugak orang belakang yang Kastam dok soal selidik. Nasib baik kami tak kena. Macam macam orang kastam tu interview. Tshirt dan kain yang kami beli semuanya kami buang label dan plastik. Alhamdulillah semuanya selamat.

Monday, February 13, 2017

5h4m di Ho Chi Minh

Orang sebuk keje dan sekolah kami pulak sebuk berjalan. Bukan apa. Time cuti sekolah kalau nak berjalan sesak sangat. Harga barang mula la melambung tinggikan. Kalau rasa nak berjalan dalam keadaan yang tenang dan aman kena la pegi time bukan cuti sekolah. Pandai pandai la plan cuti keje korang kan.

Cuti saya tahun lepas ada baki 7 lagi. So cuti tahun ni dapat la 31 hari semuanya. Alhamdulillah boleh juga carry cuti tahun lepas. Kalau tak tu tak cukup manjang. 

Tiket ke HCMC ni saya dah beli bulan 5 tahun 2016. Masa beli tiket tu thaipusam jatuh hari jumaat 10hb februari. Tapi bila keluar kalendar baru thaipusam jatuh hari khamis. Hu hu hu. Rugi sehari. Harga masa beli tu RM491 sorang. Korang rasa tiket tu mahal ke murah. Time tu malindo ada promosi.

Flight saya pada 10hb tu pukul 8.30 pagi. Pukul 430 pagi kami dah bertolak ke KLIA 1. Sampai di HCMC dalam pukul 10.25 pagi.  




Kami sampai di hotel dalam pukul 11.30 pagi. Masa tu belum boleh cek in. So kami pun berjalan jalan di sekitar Ben Than Market. Jarak di antara Ben Than Market tersangatlah dekat dengan hotel yang kami pilih iaitu Hotel Alagon Western.  Tapi hotel ni saya kena lebih caj sebab saya pilih yang bilik untuk 2 orang. 

Selepas cek in kami hanya berehat di hotel dan malam tu hanya berjalan jalan di sekitar Pasar Malam Ben Than sahaja.




Vietnam noodle soup yang sedap. Sepatutnya di makan dengan ulam tu sekali tapi saya tak suka.

Antara aktiviti kami semasa di sana ialah :

Sabtu 11/2/2017

Menyusuri Sungai Mekong.
Melawat tempat membuat madu.
Melawat tempat membuat candy kelapa
Makan buah buahan tempatan di kebun
Menyusuri sungai pokok nipah dengan sampan

(Review : Semuanya best)


Menyusuri Sungai Mekong


Naik sampan menyusuri sungai yang banyak dengan pokok Nipah. 
Seram jugak naik sampan ni sebab kecil dan sempit.


Melawat tempat membuat madu. Disana kami dihidangkan dengan madu yang dicampur dengan propolis dan bepolen


Makan buah buahan di kebun


Inilah rupa tempat membuat madu tu.


Ahad 12/2/2017

Melawat Chu Chi Tunnel - nak kata best sangat tu tak la. Lebih kurang cam lawatan sejarah je.
Shopping
Naik cruise menyusuri Sungai Saigon - (Review : Best)

Isnin 13/2/2017

Shopping di kedai sukan, Hard Rock Cafe, kedai kain dan Linda Wholesale - (Review : Boleh tahan best kalau suka shopping)


Ni la rupa Linda Wholesale. Rumah tapi dijadikan gedung jubah dan blause.

Rasa macam tak cukup masa pulak jalan jalan kat sana. Tak sempat pun nak melawat Pejabat Pos, Muzium perang dan yang lain lain walau pun bercuti selama 5 hari 4 malam. Betul la orang cakap. HCMC ni memang syurga membeli belah. Shopping kat sini pun jalan kaki je sebab tempat shopping depan hotel je. Ada banyak kedai yang jual macam macam barang. Cenderahati, beg tangan, kain ela, tshirt dan sebagainya. Sebelum check out dari hotel pun sempat lagi kalau nak shopping last minit.

Psst : Saya rasa bercuti di HCMC ni lagi best daripada pergi Bandung. Kalau kat Bandung kena pegi shopping naik van sebab kedainya jauh jauh. Tapi kalau di HCMC ni boleh shopping dengan jalan kaki sahaja kalau sewa hotel di Area Malaysian Street. Di situ ada banyak tempat shopping dan kedai makan muslim. Lagipun di HCMC tak jem walaupun kat situ amat banyak kenderaan berbanding Bandung. Orang orang di HCMC banyak yang menggunakan motor sahaja sebab mereka memerlukan cash kalau nak beli kenderaan. Di tempat mereka tak ada skim pembiayaan beli kereta macam kita.

Masa kat sana setiap hari mesti pekena kopi vietnam. Rasa ketagih pulak kalau tak beli. Kopi dia sedap sangat dan lain dari yang lain.

Kalau sesiapa berminat nak ke HCMC boleh contact tour guide yang saya pilih ni. Memang puas hati sangat sangat. Makan best dan service pun bagus. 

Abdol Hamid