Tuesday, January 19, 2016

Tv portable baru



Hari tu dah ada tv portable philips yang kecik tu tapi dah rosak. Lepas tu beli yang saiz sederhana. Tapi Danial kata kakak ambik dan tak bagi dia guna. Baru baru ni ayahnya beli tv portable yang saiz besar laptop tu. Senang nak tengok cd. Lagipun boleh usung ke hulu ke hilir.

Danial ni memang suka tengok cd. Kat rumah cd sampai la dalam kete pun tengok cd jugak. Semalam pegi pasar malam pun dia sebuk nak beli cd. Padahal minggu lepas dah beli cd macam macam. Tak larat tau nak tunggu dia pilih cd tu. Punya la lama. Haih la budak ni sorang.

Dengan adanya tv bergerak ni sampai tido pun dia usung tv ni atas katil. Danial Danial.

Tuesday, January 5, 2016

Danial darjah satu




Pejam celik pejam celik dah darjah satu. Mak ni cuti 3 hari sempena anak darjah satu. 3 kali je seumur hidup hantar anak darjah satu kan. Hari pertama dan kedua berhantar berambik bagai. Tapi mak handle tang hantar je. Tang balik ayah pulak handle. Tak mampu nak handle dua dua. Semalam pun sakitnya kepala berdenyut denyut. Lepas budak budak rehat terus balik rumah telan ubat sakit kepala. Fuh panas terik sangat. Tu la manusia ni kan. Panas merungut. Hujan merungut. Tak baik tau.

Hari kedua ni berhantar lagi. Danial kata petang nak balik dengan kawan naik van. Kalau macam tu petang nanti ayah eskot Danial sampai naik van ye.  Nasib baik la kawan baik dia masa tadika dulu sama kelas. Happy la dia.

Esok pun berhantar jugak kut sementara mak ni cuti. Tapi tak tunggu dah la. Bukan senang nak dapat peluang hantar anak sekolah petang pi sekolah. Selalunya time ni kan kat opis je. Maklum la maknya karier women. Ha ha ha. Karier la sangat. Nak resign tak dapat approval. Kena la keje. Kang sape nak bayar duit kete den tu ha. Sape nak bagi duit isi minyak, duit shopping bagai.