Monday, December 15, 2014

Sekolah dah nak buka

Sekolah dah nak buka. Last 2 wèek sempat pegi beli baju sekolah Zafran memandangkan dia nak berkhatan Sabtu ni 13 Disember 2014. Nak tunggu sembuh nanti lambat pulak. Kalau lambat mula la baju dan kasut sumenya tak de saiz. Memang tiap tiap tahun saya akan beli awal awal. Tak suka buat persediaan last minit. Last week pun pasaraya yang jual baju sekolah ni dah start sesak.

Baju dengan kasut sekolah wajib beli setiap tahun sebab baju yang ada tu jangkahayatnya memang pakai setahun je. Baju yang putih tu dah jadi cam kaler belacan. Ater cane nak pakai lagi tahun depan kan. Setiap tahun memang beli baju sekolah kebangsaan 3 pasang (RM35 sepasang). Baju sekolah agama 2 pasang (tak ingat berapa harga). Kasut putih 2 pasang (RM26 sepasang). Stokin 3 pasang. Sampin 3 helai sebab sampin tahun lepas dah koyak rabak. Treksurt sukan T90 3 helai. Tshirt sekolah (belum ada stok). Lencana dan tanda nama memang tahun lepas dah oder banyak banyak. Senang nak jahit kat baju baru nanti. Buku sekolah pun dah beli Jumaat lepas. Alat tulis pun dah shopping kat Mydin Ahad lepas. Tinggal sikit sikit je lagi barang sekolah yang perlu dibeli. Settle awal awal tak perlu nk pening kepala dah. Sekarang pun dalam proses nak balut buku mana yang dah ada. Nanti tak la kelam kabut sebab nak kena balut buku kakak yang darjah 5 jugak. Untuk label nama kat buku tulis tu saya taip je kat komputer lepas tu print atas kertas sticker dan tampal salotep diatasnya. Fungsi guna kertas sticker tu supaya label nama tu tak tercabut. Kalau nk print atas kertas A4 biasa pun boleh lepas tu tampal dengan salotep. Tapi rasanya kurang berkesan sebab nanti salotep tu akan tercabut. Alah kertas sticker tu pun RM5.90 je untuk 10 helai. Atas satu kertas sticker tu boleh buat nama dan kelas sepenuh penuh page. Jimat kan. Korang pulak buat macam mana?

12 comments:

  1. yuran sekolah pun kadang sampai beratus2 kan kak... mmg buku teks free tp bende2 lain lg banyak yg kene byr... kadang beli sndiri lg murah... kite mak pak yg kene pandai berjimat2 kan

    ReplyDelete
  2. haaa.. anak nak skolah cam ni la.. kitorang pon blom siap beli barang2 lagi.. carik kasut tak de saiz..

    ReplyDelete
  3. mayang tak start lgi beli baju dan pekakas sekolah anak2... insyallah minggu depan ..

    ReplyDelete
  4. saya anak kecik lai baru 2 bulan 2 minggu, so tak dapat nak jawab soklan akak..

    dah lame keluarga kami xde yang pegi sekolah sebab adik bongsu pun diploma...

    tapi bagusla buat persiapan awal,..takle kelam kabut

    dulu saye penah keje kat kinokuniya bookstore, so kami kene balut buku customer aiii rase cam rindu plak...

    Jemput Keblog Saya Anak-anak Membesar Sihat Dan Pintar

    ReplyDelete
  5. Sekejap je cuti. Tp tu la keaian plk kat anak2 psl x dpt blk kg. Dh 2 thn cuti sekolah x blk. Huhu...

    ReplyDelete
  6. tu la kan sekejap je rasa.
    dh pertengahan dis 2014 dah...
    saya rasa mcm bru je dpt tahu kata pregnant.. last year :)

    ReplyDelete
  7. Bunda dulu pun suka buat persiapan awal semasa anak2 cuti sekolah lagi...2 orang sekolah menengah, 2 orang sekolah rendah.

    Penghujung bulan disember tinggal nak cuci dan gosok baju2 sekolah, kapur kasut sekolah yang mana boleh pakai lagi tu dan masuk buku2 sedia ada dan alat tulis dalam beg...

    Nanti hari pertama sekolah dah tak kecoh tercari2 alat tulis bagai...

    ReplyDelete
  8. Dah jadi ibu-bapa kenalah tunaikan keperluan mereka semua Ana
    Macam kakak ni lagilah dah besar-besar kos laaaagi banyak

    ReplyDelete
  9. samalah dah siap semuanyer.. malas nak lambat ngat lecehkan...
    der beli stiker tahun lepas entah kemanalah hilangnyer..
    dah siap senang hatikan...

    ReplyDelete
  10. salam ibu lala..

    ni email mamaniza : norhasnizakhalid@gmail.com
    ataupun whatsapp saya : 0177486695

    ReplyDelete
  11. Salam IbuLala...rindunya zaman sbk nak uruskn anak2 yg nak bukak sekolah.Tahun ni tinggal anak llaki jer yg masih bersekolah...anak pompuan tggu result SPM

    ReplyDelete
  12. Kak Lala...julia pi tgk kt giant gombak kereta bersesak penuh kak...agaknya semua nak beli baju sekolah...tu yg kami x masuk tu...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.