Story Mory Cik Lala

Thursday, November 20, 2014

Second last day school











Hasil kerja 2014. Ada banyak lagi benda dalam kotak tu. Tapi tak sempat nak ambil gambar sebab dah dipunggah oleh kakak dan abang Danial.

Rasa berbaloi jugak hantar Danial ke Tadika Little Caliphs ni. Memang la yurannya agak mahal iaitu RM230 sebulan. Tapi hasilnya cukup memuaskan. Kat sekolah Little Caliphs ni anak anak kita diajar solat wajib dan solat sunat dhuha. Bacaan dalam solat, doa dan surah surah lazim turut diajar. Danial ni setiap hari dia akan baca surah surah yang dia belajar kat tadika bersama sama dengan doa. Doa dhuha tu selalu dia menyanyi kat rumah. Dalam dok saja saja sambil main tu dia akan berzikir dan mengaji. Dia jugak selalu tanya macam ni. "Ibu, pokok tu Allah yang buatkan."

Banyak lagi saya nampak progress Danial sejak belajar kat sini. Tak pe lah bayar mahal sikit asalkan ilmu yang anak dapat tu berguna untuk dunia dan akhirat. 

(Kalau ada idea lagi nanti saya sambung ye).

11 comments:

  1. betul lah kak... mcm2 aktiviti yg bgs.... seronok lah si kakak n abg danial tgk semua hasi kerja adik nya...

    kire murah la kak rm230 tuh sbb ada kwn hantar anak kt tadika yg yuran bulan2 rm450

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..dh selamat utk tahun ni..
    seronok tgk hasil kerja tgn anak2 kan...
    little calips baru nk buka caw kat kmn ni next year..
    ok dah yuran 230 tu kat..bbanding sekolah asya thn lepas.. yuran rm320 sebulan..belum msk yurans emesti n xtv2 lain lagi.. psl yuran x kisah kalo berbaloi..tp lya mmg frust sgt last year.. xde apa sgt y dia dapat..abc failed.. mbaca lagilah... tp surah2 n solat OK. tu tahun ni ada je 1 kekosongan kat pra sek kerajaan lya x teragak msk.. alhamdulillah.. mmg berbaloi.. dua bulan kat pra dah boleh membaca n sekarang dh lncar.. kiranya start dari zero la..bulanan xde yuran..just register mula2 je dalam 100++

    ReplyDelete
  3. Memang berbaloi kalau hasilnya macam tu. Semoga Danial terus istiqamah dalam amalannya dan menjadi anak yang taat pada agama Allah. Insyaallah.

    ReplyDelete
  4. tahniah danial..di taman acik baru buka..tapi acik tak de anak kecik..boleh la acik bagi tau kawan2 sbab Ibu lala kata bagus tadika tu.

    ReplyDelete
  5. bagus tu...bayar mahal sikit tak ape...janji ada perubahan yg bagus pada anak kita

    ReplyDelete
  6. Setuju IL....kalau mampu apa salahnyakan bayar mahal sikit . Tengok perkembangan Danial terasa berbaloi bayar mahal

    ReplyDelete
  7. bagus la akak review pasal little caliph ni...RM230 tu masih berbaloi la sis xd la mahai mana...brainy bunch lg mahai hehehhe...suka la tgk hasil kerja anak akak...bangga tau tgk pandai dia lukis weeeeeeeee

    ReplyDelete
  8. Yeayyy!!! suka2.. Emir pun akan school kt LC..baca akak citer nie lagi bertambah excited!!! =D

    ReplyDelete
  9. yg ibu lala hantar ni dekat mana ye?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.