Story Mory Cik Lala

Friday, November 14, 2014

Sakit appendiks tu macam mana


Hari selasa 4 November 2014 nabila call dari sekolah. Katanya sakit perut sangat sangat dan dia nak balik. Ayahnya pun jemput dia balik dari sekolah dan bawa dia ke klinik. Di klinik doktor bagi ubat gastrik dan ubat angin.

Sakit perut tu masih berulang lagi sampai la hari sabtu. On and off. Hari sabtu 8 November 2014 tu saya bawa nabila cek up kat hospital Columbia Asia. Hasil ultrasound tak nampak sakit apa apa. Tapi bila doktor tekan kat bahagian appendiks tu dia komplen sakit. So lepas tu refer pulak dengan doktor bedah. Doktor pun tekan kat bahagian appendiks tu jugak dan dia komplen sakit kat situ. Doktor pun tak tau nak cakap nabila sakit apa dan dia suggest for operation. Doktor hanya cakap besar kebarangkalian appendiks. Saya mintak balik dan nak pikir dulu apa keputusan yang harus saya buat. Takkan nak simply operate sedangkan doktor pun tak pasti nabila sakit apa.

Hari isnin 10 November 2014 saya bawa nabila cek kat hospital pakar uitm pulak for the 2nd opinion. Doktor uitm kata bukan appendiks sebab nabila aktif berlari ke sana ke sini. Kalau appendiks dia mesti muntah muntah dan tak boleh jalan dah sebab sakit sangat. Hasil urine dan blood test memang ada sedikit infection dan doktor bagi antibiotik augmentin untuk dimakan selama 5 hari.

Hari ni pun masih sakit perut lagi. Tak tahu nak buat apa dah. Ada tak sape sape yang ada pengalaman having appendiks kat sini. 

2 comments:

  1. takde pengalaman psl appendiks ..apapun semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. Nape doktor tu boleh terus suggest nak operate kalo tak sure.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.