Friday, July 25, 2014

Selamat hari raya

Selamat hari raya aidil fitri saya ucapkan kepada semua. Dan selamat balik kampung. Hati hati di jalan raya dan pandulah dengan selamat. Maaf zahir dan batin andainya ada kesilapan kata dan bicara di sepanjang perkenalan kita.
Seperti biasa setiap tahun saya akan beraya di KL ni dulu. Rumah sebelah suami.  Tahun ni tahun ke 11 saya raya kat sini. Raya kedua baru saya akan pulang ke Taiping. Seperti biasa jugak setiap tahun saya akan membantu MIL saya memasak juadah raya sehari sebelum raya. Kesian MIL saya tu sebab tak ada anak perempuan. Anaknya lima orang lelaki dan saya ni menantu yang ke tiga. Rumah saya dengan rumah MIL pun hanya 10 minit saje dari rumah. Lagi pun MIL saya tu sakit kaki dan lutut. Tak boleh nak berdiri lama lama dan jalan banyak sangat. Nanti lututnya bengkak. Biasanya kami berdua ataupun bertiga yang menyediakan juadah raya setiap tahun. Kalau mak saya tak balik kampung, mak saya pun akan membantu MIL saya masak. Alhamdulillah saya dapat MIL yang sangat baik. Kalau MIL saya tu jenis yang garang time raya je la baru saya ziarah dia hi hi hi.
MIL saya ni dalam dok sakit sakit pun semangat masak juadah raya. Biasanya dua tiga jenis rendang dia akan masak. Serunding la. Nasi impit kuah kacang la dan jugak lontong. Tu yang membuatkan saya suka raya kat sini dulu sebab meriah sangat. Tapi letih la nak melayan dan membasuh sebab rumah MIL saya ni sentiasa je ada orang datang. Tak sempat nak berehat.
Sekarang ni saya masih kat opis. Tak sabarnya nak cuti lama kan. Nak ambik cuti awal awal pun buat apa kan sebab raya hari isnin. Kalau lah opis bagi half day hari ni kan best. Opis korang half day tak hari ni.

4 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin akak.. hati2 pulang ke kg tue yer..=D

    ReplyDelete
  2. boleh dpt half day tapi perlu apply dgn bos. tghr ni boleh la gi beli jubah ye.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya juga buat akak sekeluarga. Semoga Raya tahun ini lebih bermakna.

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya ibulala

    tifaanvar

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.