Monday, July 21, 2014

Sampul lagi


Dapat 3 peket je. Bayar duit kad kredit. Selalunya bayar onlinr je. Tapi kali je sengaja bayar kat kaunter semata mata nak dapat sampul. Korang dapat sampul apa. Meh la tunjuk sikit.

Bab tukar duit raya dah settle. Dah isi dalam sampul pun. Senang prepare awal awal ni. Tak la kelam kabut. Tapi masalahnya sekarang baju raya pulak yang belum siap. Dari bulan 4 hari tu dah hantar. Masa hantar tu katanya siap pertengahan bulan 6.  Pertengahan bulan 7 pun sebenarnya tak siap pun lagi. Lepas tu suruh collect khamis lepas. Lepas tu sabtu pulak. Paling latest hari ni (isnin) pulak. Entah siap entah tidak tu. Dah la harga upah ala ala butik. Mahal gabak. Eii geram betul. 

Sampai saat ni tak dengar kabar berita. Saya bagitau kat dia yang saya nak baju tu pagi ni sebab petang ni saya tak ada kat opis. Tunggu dan lihat je la apa kisah seterusnya. Bila pulak lagi dia nak hantar. Kalau dah tahu tak cukup tangan nak menjahit tak payah la ambik tempahan banyak banyak kan. Baju tak siap customer yang merana.

17 comments:

  1. ni pun nak ke ambank ni...hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. harap2 siap klu kena cr bj raya baru la .... nk buat camna...

    ReplyDelete
  3. akak baju raya tak tau mana lagi...tak prepare apa lagi...

    ReplyDelete
  4. Sedihnya kalau tak siap. Lain kali baik jahit sendiri aje Ana.. puas hati.

    ReplyDelete
  5. acik belum tukar duit..jadi belum ada sampul yang nak dibagi tau..
    acik pun memang tak sanggup kalau tempah baju macam tu..
    tapi sekarang ni dah pandai tempah online

    ReplyDelete
  6. tunggu compny bg ni.. x tau lah bnk mna..

    ReplyDelete
  7. kene ada plan b tu dibuatnya baju raya tak siap..

    ReplyDelete
  8. Akak setiap tahun ofis ada sediakan sampul duit raya ni..
    Kesian tu ibulala.. dah dekat raya ni baju tak siap lagi.. harap2 dia hantarlah hari ni ye..

    ReplyDelete
  9. ni masalah ngan tailor kak..kadang naik geram..
    zee skang amik jalan selamat beli siap la senang..heheee

    ReplyDelete
  10. Simple jer sampul ambank tahun nie..=D

    ReplyDelete
  11. mmg merana la kak.
    hantaq bln 4 lagi tu.patutnya dh siap blh basuh smua dah.
    seuju sgt agak xblh jgn gagah ambik..
    buat skait hti customer je..

    ReplyDelete
  12. Haihh..lamanya baju tu nak siap...huhu..
    wanie done follow sini..do follow me back ye.. :D

    ReplyDelete
  13. sampul tak ado lagi...hehehe
    dah dpat ke blum baju tu ana?

    ReplyDelete
  14. Hai hantar bulan 4 sampai la ni tak siap-siap? Famous amos sangat ke tailor ni. Banyak nampak customersnya. Baju raya saya awal tahun dah siap sebab hantarnya bulan 12 tahun lepas :)

    ReplyDelete
  15. alahai.. sabar la kak.. mudahan baju akak tu dia dpt siapkan seperti y dijanjikan.. lya pnh ada pgalaman 2 thn lps.. hntr 2 bln b4 puasa lg.. skali nk ambk x siap.. lps janji..janji..last2 mlm raya paksa siapkan.. baju pon dh x cantik jd nya.. setakat ni just ada angpau rhb, cimb, hong leong bank.. mtk dgn maybank katanya dh hbs.. ermmm

    ReplyDelete
  16. saya pulak dapat sampul duit raya kat ekonsave. banyak pulak sbb berbelanje kaw2 , beli susu anak..

    alamak baju x siap lagi ker? adeeiii saya pulak last2 minit tuka tema.

    ReplyDelete
  17. Okje pun dapat jugak.....3 bekas...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.