Sunday, March 3, 2013

Selamat tinggal wahai pahlawan

Meremang bulu roma baca berita kematian Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Difahamkan Inspektor Zulkifli meninggalkan seorang balu dan dua anak yang berusia 4 tahun dan 1 tahun. Isteri beliau juga sedang hamil 2 bulan. Kesian anak anak allayarham yang masih tak faham apa apa. Tak dapat nak bayangkan perasaan si isteri. Dah lah jarang jarang jumpa, wajah suami di saat saat akhir pun tak dapat tengok. Hanya boleh melihat jenazahnye sahaja. Itulah dia qadak dan qadar yang telah ditentukan. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Al-Fatihah.

- Posted using BlogPress from my iPad

7 comments:

  1. sedih sgt. moga Allah kuatkan hati kedua2 keluarga ni.

    ReplyDelete
  2. Betul kak..kita yang melihat, dan mendengar pun turut rasa sedih sangat2..Hanya Allah yang mengetahui perasaan isteri dan keluarga arwah. Allah Maha Mengetahui segala yang berlaku. Sudah ketentuanNya. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian yang berat ini.

    ReplyDelete
  3. lagi 6 orang terkorban di semporna, semoga roh mereka dicucuri rahmat, alfatihah

    ReplyDelete
  4. Ada lg yg terkorban.. sedih la.. dh mcm kembali ke zaman perang pulak rasa..huu..

    Eh kite pun pose hari ni :-)

    ReplyDelete
  5. tu la kak.. sedih sangat kan.. mg cepat2 lah berakhir

    ReplyDelete
  6. semoga anak dan isteri dia sentiasa dalam lindungan Allah
    ayah adik pahlawan negara!
    sedih sgt tgk kt brite tu ari
    dan semoga tragedi di sabah berakhir dgn aman

    ReplyDelete
  7. sgt sedih dgn apa yg berlaku.. kesian pada anak2 dan balu mereka

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.