Nama saya Rohana. Dilahirkan pada 9 Disember 1975. Nama Ibu Lala tu saya guna sempena nama anak saya yang pertama Nabila. Saya ada 3 anak yang comel. Seorang perempuan dan dua lagi lelaki. Saya bekerja. Saya berasal dari Gunung Semanggol. Korang pernah dengar tak nama tu. Gunung Semanggol ni dekat dekat dengan Bukit Merah Laketown Resort. Kalau pegi Bukit Merah tu dah dekat la dengan Gunung Semanggol tu. Saya sekolah pun kat Gunung Semanggol. Sekolah Menengah Mudzaffar Shah Simpang Empat Semanggol. Dulu time sekolah glamer sekejap. Maklum la, orang baik baik kan (sorry ye, perasan sekejap). Ramai sangat nak berkenalan. Sume tu saya layan. Tapi layan gitu gitu je la (best pulak bila ingat zaman zaman sekolah dulu). Tapi saya kawin dengan orang yang langsung saya tak kenal sebelum ni. Kenal 2 minggu je pastu terus decide nak kawin. Saya tawakal je la sambil berdoa, kalau jodoh tu baik untuk saya, permudahkan lah. Tapi kalau tak baik untuk saya jauhkanlah. Prinsip saya, saya tak suka nak berkaple kaple bagai bercinta macam nak rak ujung ujung tak jadi kawin. So lebih afdal kalau bercinta lepas kawin kan. Alhamdulillah dah ada 3 anak pun dah sekarang. 9, 7 dan 3 tahun lebih. Suami saya baik. Sepanjang perkahwinan tak pernah marah marah sebaliknya saya yang selalu marah dia. Biasa lah kan geram….
~ to be continued ~
(Nanti korang boring baca panjang panjang)
Selamat berkenalan, Ibu Lala ;D
ReplyDeletehai kak rohana.. :)
ReplyDeleteSalam perkenalan kak ;)
ReplyDeleteKira akak ni bercinta selepas nikah la ye, lebih kurang la kita; D
hihihi....mengimbau kenangan ek?
ReplyDeleteoh...x salah la saya panggil kakak selama ni... ermm...kak... macam mama saya dengan papa saya...diaorang kenal seminggu, lepas tu dah hantar rombongan merisik, bertunang...lepas sebulan terus kahwin...
ReplyDeleteha ha teruskan entri ni tau.. sampai part 10 pun takpe.. esok anak cucu tanya buleh suruh dia orang refer kat sini.. memang syiok ingat kisah lalukan..
ReplyDeleteassalam ibu lala..belum kenal lagi ni..kena tungguuu kan he he
ReplyDeletesalam kenal...hihi..
ReplyDeleteada org kata bercinta lepas kahwin lagi best..betul ke?...
Salam perkenalan kak :)
ReplyDeleteSalam Ibu Lala,
ReplyDeleteKak Ani tahu Gunung Semanggol tu. Baru-baru ini ketika ke Taiping dan hotel semua dah penuh di hotel R & R Gunung Semanggol tulah akak bermalam. Lupa nama hotel tu.
Bagus keputusan yang Ibu Lala buat, kenal kejap dan buat keputusan, betullah tu kalau dah suka, kawin jerlah kan. Nanti buat dosa jer dok kaple2 lama. Semoga terus bahagia.
kak ana..sweetnya...kak ana, serius x saba nak tau mcm mana leh kenal dalam dua minggu tu je terus decide nak kawen..nanti up entry ok
ReplyDeleteamboi seronok baca n3 ni hehehe
ReplyDeletebesnya baca...barulah kenal ibulala...hehehee...selamat berkenalan kak...
ReplyDeleteselamat berkenalan Rohana..hehehe...so nk panggil rohana ke lala ni...orang senegeri upanya...ape kabo yong?
ReplyDeletehi Ana..noe 2 thn lebih tua dari ana...adeh...tuanya...hehehe...noe tinggal kt kajang n kerja kat cyberjaya...ana tinggal kt putrajaya ke??
ReplyDeletewahh...mengimbau memori daun pisang ke
ReplyDeletesweet gitu kann
slmt berkenalan kembali cik ana
:)
assalam kak rohana..saya rohayu..
ReplyDeleteselamat berkenalan..:)