Friday, February 21, 2020

Tetamu baru


Anak bawak balik dari UIA. Terlebih manja dia nih. Pantang nampak kita duduk mulalah dia nak duduk atas riba kita. Namanya ADUDU.


Dah macam nak berenang gayanya.


Ntah hapa hapa pesen tido tu. Ngantuk sangatlah tu. Nak buka mata pun tak larat.


Suri (mak) dan Chan (anak)

Dua beranak ni aku ambik dari opis. Kesian sebab anaknya masih kecil. Takut mati kena langgar. Aku ambik konon nak cari adopter untuk dua ekor ni. Tapi lama kelamaan jatuh sayang pulak kat sikecik ni. Mak dia ni garang sangat. Sume kucing yang datang makan kat rumah dah takut nak datang makan. Meroyan tak tentu pasal. Protective betul. Macam la ada orang nak kacau anak dia. Sekarang ni mak dia dah start menggatal. Aduh. beranak pinak lah pulak nanti.

Aku ni suka kucing. Tapi tak de lah nak bela kucing sangat. Tapi bila tengok kucing terbiar jadi kesian la pulak. Maka bertambah tambah la kucing kat rumah tu. Sekarang dah ada 8 ekor. 4 kucing aku. Yang lain tu kucing tumpang makan. Masalah betul.

14 comments:

  1. Moga murah rezeki Puan Ibulala. Jaga kucing memang menuntut kesabaran. Thanks. Saya dah follow balik :). Salam ukhuwah.

    ReplyDelete
  2. Bestnya kalau dapat bela kucing...kita x leh sebab mak dialysis hari2 kat rumah...so bahaya takut ada jangkitan kuman

    ReplyDelete
  3. bersih dan comel semua kucing tu kak... dana pun suka kucing tp tulah tak berani nk jaga, takut malas nk urus... yg ada skrg ni kucing jiran-jiran yg singgah makan kt rumah

    ReplyDelete
  4. Kucing kalau tidur terlentang begitu maknanya dia selesa dan percaya dengan kita. Kawallah pembiakannya.. pergi sunatkan... ia juga untuk kesihatan kucing juga. Kita pun senang nak jaga dia tak berak dan kencing merata-rata.

    ReplyDelete
  5. hehe adudu tu nanti bermanja dgn suri la.. takpe kak kucing2 ni datang rumah insya Allah bawak rezeki lain pulak untuk tuan rumah huhu.

    ReplyDelete
  6. comei...anak lelaki Ayu heboh nak bela kucing, yg perempuan plak fobia gile ngan kucing. so x dpt la...
    dah..Ayu dah balik Msia dah..almost 1 month.

    ReplyDelete
  7. Banyaknya kucing akak. Murah rezeki beli kucing ni kan. Boleh jadi peneman pada masa yang sama.

    ReplyDelete
  8. Akk pun ada sekor kucing menumpang di luar rumah, tak kasi masuk dalam, suami tak suka.
    Kena buat kandang khas kit, hihi

    ReplyDelete
  9. alololollo.. comelnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. saya suka kucing tapi tu lah.. duduk atas langit, nak membela pun fikir dua kali..

    ReplyDelete
  10. comey 2 beranak ni..murah rezeki ibu lala tlg bela kucing ni..

    ReplyDelete
  11. moga murah rezeki sbb sudi kutip kucing jalanan...supaya tak bagi beranak pinak, saya cadangkan eloklah dimandulkan kucing betina tu...

    ReplyDelete
  12. ADUDU cantik mata die...kt umh mertua ni pn byk juga kucing tumpang..ankdara suka sgt ngan kucing

    ReplyDelete
  13. saya suka kucing jugak tapi xleh bela sebab alah dengan bulu diorang. mula la nafas nak bunyi2. tapi sebab suka kadang2 tu ignore je. gerammm..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.