Saturday, November 30, 2019

Cabut Gigi



Image result for gambar klinik sharifah aminah greenwood
Sumber gambar : Google

 Alamat : Klinik Pergigian Sharifah Aminah Greenwood
 SH-2, Taman Greenwood, Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor.

Pagi tadi aku cabut gigi kat sini. Aku pilih Doktor Aini memandangkan doktor yang sorang lagi tu adalah lelaki. Pernah jugak aku buat rawatan gigi dengan doktor Kamsiah. Tapi hari ni mungkin Doktor Kamsiah cuti. Doktor Kamsiah ialah paling senior di situ rasanya.

Berdebar debar jugak nak cabut gigi hari ni. Sebab gigi tu dah tinggal tunggul je. Dalam kepala otak dok pikir macam mana la doktor nak cabut gigi ni kalau dah tinggal tunggul je. Perasaan risau dan takut sume ada.

Masuk je bilik rawatan awal awal dah buat pengakuan kat Doktor Aini yang aku ni takut sebenarnya. Doktor kata rileks je. Jangan takut. Doktor cek gigi aku dan doktor cakap gigi yang tunggul tu perlu dicabut. Aku pun setuju. Tapi aku request kat doktor tak nak sakit. Doktor Aini cuma gelak je dan dia kata dia akan cuba sebaik mungkin. Borak punya borak tak lama lepas tu Doktor Aini kata dah siap. Boleh balik. Fuh. Lega ya amat. Pandai Doktor Aini layan patient dia yang penakut macam aku ni. So next time kalau aku ke sini lagi memang aku akan pilih Doktor Aini ni sebab aku suka cara dia buat kerja. Cakap dengan patient dan staff dia pun lemah lembut je. Hilang la sikit rasa takut tu.


 

7 comments:

  1. bab cucuk ubat kebas tu yg ngeri, lepas tu dah tk rasa apa..tau2 dah siap..

    ReplyDelete
  2. dentist tu sendiri jadi peneybab suka g klinik gg..hehe

    ReplyDelete
  3. Bukan awak saja yg takut cabut gigi... boleh kata kebanyakan orang. Bila kata nak cabut je... dan dan tu ngeletar satu badan. hehehhe

    ReplyDelete
  4. tak sakit ye..
    tetiba rasa nak buat scaling.

    ReplyDelete
  5. doktor gigi mmg kena yg soft br pesakit tk takut

    ReplyDelete
  6. Bab cabut, tampal gigi ini memang seram.. Sha nie patutnya kena gi tampal higi tapi keberanian tu tak ada.. huhuhu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.