Saturday, March 23, 2019

Hong Kong 19-23 Jan 2019

First time travel sendiri tanpa travel ejen. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sebelum sampai sana tak tido malam dibuatnya. Hong kong ni best sebab public transport dia senang dan banyak. Masa kat sana kami hanya naik MTR ke sana ke sini. Naik Tram pun best jugak. Kebetulan hotel yang kami duduk berdekatan dengan stesen MTR. 

Itenari kami semasa di Hong Kong

First day - lepak kat hotel je sebab sampai hotel jam 4 petang. Malam tu kami Makan di kedai Warung Malang iaitu sejenis masakan Indonesia. Makanan di sini sedap tetapi agak mahal. Total kami kena bayar sekitar HKD600 padahal kami hanya makan nasi lemak sahaja.

Hari kedua - Jalan jalan ke Ladies market dan snicker street. Ladies market macam pasar malam sahaja manakala snicker street banyak kedai kedai kasut. Lenguh kaki la jugak menapak kat situ. 

Hari ke tiga - Jalan jalan ke Disneyland. Rasa tak cukup masa pegi sini. Walaupun bukan cuti sekolah tapi penuh sesak jugak tempat ni.

Hari ke empat - Jalan jalan ke The Peak Tram, Madame Tussaud dan Skyterrace. Nasib baik la beli tiket melalui klook. Kalau tak kena beratur panjang. Mungkin sampai petang baru boleh naik ke atas.

Hari kelima - pukul 10 kami dah bergerak ke airport walaupun flight kami pukul 2 petang. Airport Hong kong ni tersangatlah besar. Nak naik flight pun kena naik tren dulu untuk ke terminal. 

















1 comment:

  1. Haiz.... asyik turun naik kapal trobang je ni nampaknya....
    Sementara ada peluang ye IL...baiklah berjalan. Tengok tempat orang, budaya orang

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.