Anak anak dara sekarang. Nak yang vouge vouge je. Baju kurung biasa tak nak. Anak dara saya ni, kalau baju kurung raya tu pakai sekali dua je setahun. Lepas tu tak nak pakai dah. Berseluar dengan blaus je manjang. Geram betul.
Masa kita beli kain, excited la kita ni beli untuk dia jugak kan. Dah kata nak sedondon satu keluarga. Tapi dia pi cari ikut taste dia jugak. Sudahnya baju yang kita tempah tu dia pakai di pagi raya je. Lepas tu simpan buat pekasam. Bukan boleh pakai lama pun. Buat tahun ni tahun depan tak muat dah.
Kasut raya pun camtu. Tak main la ala kasut budak budak. Citarasa dewasa sangat. Mak dia ni pun tak macam tu tau. Pakai asal boleh je. Maklum la. Maknya tak up to date sangat.
Semalam pi jalan TAR nak cari baju cam yang kat atas tu. Tapi nan hado. Nak beli online pun dah habis stok. Tu la. Sape suruh lambat. Sudahnya maknya yang terbeli tudung fabulous colour. Alah yang pakai sarung aje tu. Nak pakai yang lilit lilit tu tak kose. Kang ada pulak yang terbelit.
pakat nak fesyen trkini kak..hihi
ReplyDeleteanak dara dh beso gtu la nk melaram
ReplyDeletefae tak buat baju raya tahun ne huhu
ReplyDeletebiasalah kak... bdk2 skrg advance skit
ReplyDeletesaya lagi suka pakai baju kurung
ReplyDeletesentiasa sesuai di mana sahaja.
tak lapuk ditelan zaman
Klu dah baju camtu mmg vogue dari maknya lah kan kak .. hehe
ReplyDeleteBiasalah tu..
ReplyDeleteCantiknya hijau Emerald tu IL. Biasalah budak sekarang. Cepat terpengaruh dengan persekitaran yg macam macam sekarang ni....
ReplyDelete