Tuesday, November 17, 2015

Hadiah untuk teacher



Pejam celik pejam celik dah nak hujung tahun, dah nak habis sekolah. Dah 2 tahun Danial belajar kat tadika ni. Daripada zero sekarang Danial dah pandai abc, 123, solat dan bacaan dalam solat, bacaan surah surah lazim, bacaan bacaan doa, rukun islam dan rukun iman dan macam macam lagi pelajaran.

Sebagai penghargaan untuk semua teacher, sudilah kiranya terima hadiah yang tak seberapa ni. Agak sedih jugak la sebab tahun depan dah tak sekolah kat sini. Dah tak jumpa kawan kawan yang comel comel ni lagi. Masing masing akan belajar di sekolah yang berlainan. Rasanya Danial ni begitu suka dengan tadika yang dia berada sekarang sebab dia selalu cakap sekolah kat situ best. Tak terbayang bila dia dah masuk darjah satu nanti dimana dia kena berdikari sendiri. Kakak dan abangnya di sekolah sesi pagi. Hanya dia saja yang sekolah sesi petang. Dengan nak galas beg berat lagi. Beg lagi besar dari tuan sebab Danial ni kecik dan kurus je orangnya.

5 comments:

  1. Salam singgah hari ni bila masa sikit ni. wah seronok nya kalau dapt jd teacher danial ni yer he3

    ReplyDelete
  2. Kasihan kat Danial. Harap tahun depan masuk darjah satu ok dan bertemu kawan yang baik dan comel juga. bagus akak bagi hadiah buat cikgu-cikgu. Sebagai tanda penghargaan kan.

    ReplyDelete
  3. Tak apa. harap tahun depan Danial jumpa kawan-kawan yang baik juga.

    ReplyDelete
  4. Harap tahun depan ada kawan-kawan sekarang yang masuk darjah satu sekelas dengan Danial juga. Ada kawan ok sikit baru-baru masuk sekolah.

    ReplyDelete
  5. Wahhhh...bestnya jadi cikgu hihi.....dapat hadiah!
    Tak per IL, lama lama nanti biasalah. Pandailah dia bergaul nanti. Kita ni, mak mak mmg risau.....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.