Al Fatihah untuk ayahanda mertua saya yang telah pergi mengadap ilahi padi 15 jun 2015 jam 10.15 malam.
Arwah tak ada sakit apa apa pun sebelum ni. Cuma darah tinggi sahaja. Tapi sejak 2 minggu yang lalu beliau sangat lemah sampai tak boleh bangun. Beliau telah dimasukkan ke hospital selayang selama seminggu. Doktor diagnose beliau sakit jantung mild strok dan tiroid. Pada hari sabtu yang lepas beliau telah di discaj. Sejak itu beliau dah tak boleh makan dan minum. Segala makanan dan minuman yang masuk akan keluar semula.
Semalam sewaktu beliau pergi kami sekeluarga tak sempat jumpa. Bila sampai di rumah beliau sudah pun tiada. Beliau pergi dalam keadaan yang sangat mudah dan tanpa dijangka.
Al fatihah untuk ayahanda Khalid bin Ibrahim yang berusi 69 tahun. Semoga ayahanda fi tempatkan di kalangan orang orang yang soleh dan beriman. Amen.
Takziah diucapkan Semoga arwah ditempatkan bersama para solihin.Aamiin.Al-Fatihah.
ReplyDeleteAamiin..salam takziah ibulala
ReplyDeletesalam takziah akak & suami..
ReplyDeletesmoga roh arwah dicucuri rahmatNYa..amin
dan...selamat menunaikan ibadah puasa..
ReplyDeleteSalam takziah....semoga arwah Ditempatkan dikalangan org org yg soleh dan beriman....
ReplyDeletetakziah dan al-fatihah.. ramai yang ingin meninggal dalam keadaan begini tidak menyusahkan anak2 katanya... dipermudahkan oleh Allah.. tapi kita yang ditinggalkan memang terasa sangat sebab tidak menyangka yang dia akan pergi..
ReplyDeleteAl-Fatihah untuk arwah ayah mertua cik lala... kehidupan akhirnya dipermudahkan.. ramai orang yang memohon dipermudahkan begitu katanya tidak mahu menyusahkan anak2..
ReplyDelete