Thursday, August 7, 2014

Katil baru untuk anak anak

Katil anak bujang yang no. 3. Beli yang 2 tingkat atas kecik bawah besar tu. Bawah boleh tido kat atas boleh susun tilam bantal dan toto. Beli yang jenis besi sebab nampak lebih kukuh dan designya pun cantik. Harga RM1500. Beli kat Home Star Furnishing Selayang. Lepas ni nak train si bujang yang no 2 tu tido sendiri. Selama ni asik tido celah ketiak ibu je. Sampai ibu pulak yang kena bentang toto tido kat bawah atas lantai.



Katil yang tengah tu untuk si anak dara. Ni katil no 3 dah. Besi jugak. Sebelum ni beli yang kayu. Kayu patah la. Tercabut la. Koyak la dan 1001 masalah lagi. Harap dengan beli yang besi ni tahan lama la sikit at least 5 tahun atau pun 10 tahun kan. Dua dua katil ni ada warranty 5 tahun. Harga katil ni Rm1000. Beli 2 unit semalam sebab satu lagi nak letak kat bilik anak bujang no 2. Katil yang sedia ada tu katil kayu. Bunyi bising bila kita duduk atas tu. Tukar yang besi ni tak bunyi dah la kut. Katilnya elok lagi lagi riuh rendah.

So dua dua katil kayu yang ada tu tak tau nak letak kat mana bila dah ada katil baru. Bagi je la kut kat sape yang nak. Nk jual pun mesti tak laku kan. 

6 comments:

  1. wah katil baru... he he he... selamat pagi kak...

    ReplyDelete
  2. wahhhh lepas ni kena lah tidur sendiri ye.seronoknya ada bilik sendiri!

    ReplyDelete
  3. waa... tidur atas katil baru la anak2.

    ReplyDelete
  4. wah katil yg 1st tue cantik.. suka!! =D

    ReplyDelete
  5. saya pun dalam proses nak beli katil untuk dak Adik, biar dia tidur sendiri dalam bilik dia..

    ReplyDelete
  6. katil yg bising tu bahaya jalo ibu ayah "TIDO" hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.