Story Mory Cik Lala

Sunday, May 11, 2014

Hari ke 5



Hari ni hari ke 5 dah hubby warded. Reading gula masih jugak tinggi. Kejap 21 kejap 25 kejap 29. Paling rendah pun turun 17.5 tadi. Tak dapat nak agak bila hubby boleh keluar wad. Ulang alik ke hkl dah jadi satu rutin bagiku. 

Esok saya dah start keje. Mungkin tak dapat la nak jengah hubby kat wad sebab kesuntukan masa. Harapnya hubby dapat discaj dalam minggu depan. Tak larat dah rasanya nak ulang alik ke hkl tu. Dah la kena parking jauh. Sabar je la. Menguji kesabaran betul. Silap haribulan nanti saya pulak yang pengsan.

Note : 
Makanan yang hkl bagi sumenya tak menepati pantang larang orang sakit. Ada ke orang kencing manis diberinya teh manis dengan roti bun kelapa. Hari ni pulak disajikan dengan bubur pulut hitam. Sampai bila nak baik kalau macam tu. Tak kena atas batang hidung sendiri takpe la. Esok bila awak tu yang sakit baru tau macam mana.

1 comment:

  1. hospital biasa la ana....x ikut diet langsung...ana kena bagi capati je ...x leh bg nasi sgt....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.