Story Mory Cik Lala

Wednesday, May 7, 2014

Akhirnya warded kat HKL



Setelah dua kali direject oleh hospital selayang, kami decide nak refer kat HKL pulak. Bayangkan la masa pegi hari Ahad tu kena discaj pukul 1.30 pagi. Pegi balik hari selasa kena discaj pukul 3.30 pagi. Terbaik la sangat servis kat hospital selayang tu. Discaj patient pagi pagi buta.

Tadi sampai kat HKL dalam pukul 12.00 tengahari. Lepas daftar kat outpatient department terus dapat jumpa doktor. Tak perlu nak tunggu lama lama. Pukul 3.30 petang dah naik masuk wad. Doktor HKL kata en hubby memang patut kena warded dalam keadaan bacaan gula yang tinggi tu. Kalau tidak nanti akan effect buah pinggang dan lain lain. Dia pun pelik kenapa hospital selayang bertindak sedemikian. Geleng kepala sume doktor yang kami jumpa.

Alhamdulillah en hubby dah selamat masuk wad. Moga cepat sembuh dan cepat keluar wad.

Note :
Rasa cam bola pulak bila pergi balik pergi balik ke hospital selayang. Kecik hati tau bila orang tak nak rawat kita.

8 comments:

  1. Ya Allah! ?? siapa yg admit ni kak..?
    moga cepat sembuh dah dipermudahkan semua urusan.. bersabar....

    ReplyDelete
  2. Semoga en suami cepat sembuh Ibu lala...

    ReplyDelete
  3. Ibulala..semoga suami cepat sembuh

    ReplyDelete
  4. naper lah buat gitu.... discarge pagi2 buta kn mcm menganiaya org je... udahla sakit

    moga layanan kt hkl lebih baik lg...

    ReplyDelete
  5. kepada ibu lala... semoga tabah... ambil hikmah atas apa yang berlaku, pahala banyak tu... kepada en hub.. tabah dan jangan give up... semoga disembuhkan masalah yang ada... lepas dah sembuh nanti... jaga jaga lah makan dan rehat sebaiknya... lepas operation jantung kena rehat banyak sikit... bersenam ringan-ringan jer :D

    ReplyDelete
  6. semoga husband cepat sembuh risau pulak .. sbb macam boleh jd ....

    ReplyDelete
  7. Sabar je la...moral of the story..cuba avoid hospital selayang ... harap2 hubby ana sembuh dengan secepat mungkin...ini semua ujian dariNYA...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.