Wednesday, July 31, 2013

Biskut samprit idaman

Sedap tak nama tu. cewahh..
Inilah biskut homemade yang ke tiga untuk raya tahun ni
Masa kecik kecik dulu memang suka biskut ni
Even sekarang pun suka jugak
Tapi mak saya tak pandai buat
So kalau nak makan biskut samprit ni
Kalau pegi rumah orang yang ada biskut ni
Baru boleh merasa
Kalau tak de memang la tak merasa
So sekarang bila dah pandai buat sendiri
Tiap tiap tahun memang wajib buat la
Bukan aje maknya yang suka
Anak anak pun suka jugak

Uolss suka tak biskut ni. Dengar dengar ramai jugak yang suka
Wahhh sehati dan sejiwa gitew

Ramadhan Give Away


Jom klik kat SINI kalau nak join
hadiah menarik tau

(Keadaan pc yang tak leh nak buat entry. So kena buat sesimple yang boleh)

Tuesday, July 30, 2013

Celebrate birthday hubby


Terima kasih ya Allah atas rezeki hari ni 
dan merangkap juga celebrate birthday 
hubby yang ke 39.

Sekadar berkongsi


Sekadar berkongsi. Entah betul ke tidak wallahualam.

Sharing is caring


Harapnya dapat la pegi terawikh di hujung hujung Ramadhan ni. Tak sempurna puasa rasanya kalau tak pegi Terawikh nak nak di penghujung Ramadan ni.

Korang pegi Terawikh full ke? Untungnya.

Monday, July 29, 2013

Dah settle sumenye

Biskut London Almond request by Cik Lala.

Dah settle sume kuih raya. Lega. Buat 3 jenis je yang mana anak anak suke. 
Kalau buat sendiri dapat banyak hasilnya. Anak anak boleh ulang ulang makan berbanding dengan yang beli. Lagipun kalau beli belum tentu sedap rasanya. Harap rupa je cantik dan menarik. Betul tak?

Note : gula gula mickey mouse tu danial yang pilih. Dia nak sangat gula gula tu.

Saturday, July 27, 2013

Penatnya hari ni

Penatnya hari ni tuhan je yang tahu
Mana taknya dok ulang alik pegi kedai bakeri la, hantar anak pegi tusyen la, jemput anak balik tusyen la dan macam macam lagi lah. Dah la pagi tadi mood tengah elok nak buat biskut samprit, acuan pulak rosak. Kena keluar balik pi cari acuan pulak. Sampai kat kedai bakeri tu punya la ramai umat yang tengah beratur nak bayar. Patah balik konon konon nak pi kedai lain la. sampai kat kedai tu acuan yang acik nak tu tak do. Patah balik ke kedai tadi tu ha. Nasib baik la masa pegi kali ke dua tu dah tak ramai orang beratur.

Hari ni dah siap dua jenis biskut kegemaran anak anak. Tak tau la sedap ke tak kan asalkan diaorang suka kita pun semangat nak buat.

Terlebih sudah


Cepat betul terlebih guna
Bermakna lepas ni susah la nak bw dengan telefon
Saya lebih suka mengadap blog dengan talipon daripada laptop
Boleh jengan rumah kawan kawan sambil lending lending gitu

Selamat hari lahir

Selamat hari lahir encik hubby tersayang
Moga panjang umo, murah rezeki, sihat, ceria, berjaya, dilindungi dan dirahmati Allah selalu

Walaupun hari ni birthday encik hubby
Tapi saya yang dapat hadiah
Boleh la pakai masa hari raya nanti

Hari ni encik hubby ada majlis berbuka pose dengan kawan kawan sekolah dia
Tapi saya tak ikut pun
Berbuka kat rumah je la dengan anak anak
Orang laki ni kalau jumpa kawan kawan lama haruslah panjang boraknya kan
Mau tengah malam baru balik
So kita celebrate esok je lah ye

Friday, July 26, 2013

Tutti Fruiti pulak

Lepas pergi Chat Time si anak dara tak puas hati sebab air yang dia minat tak de kat situ. So dia ajak pegi Tutti Fruiti pulak. Nasib la kedainye dekat dekat situ jugak. Kami jalan kaki je dari Chat Time tu ke Tutti Fruiti ni.

Tapi kesian kat anak bongsu ai ni (bongsu ke. Mungkin kut). Gigi dia sumenye dah rosak. Pelik bin ajaib betul macam mana kecik kecik gigi dah rosak padahal gigi kakak dan abangnya tak pernah rosak seusia dia. Kadang kadang tu nak makan pun susah sebab semua giginya dah rata dengan gusi. Semalam ai tengok gigi geraham dia sumenye berlubang. Kosong macam gua. Makan ulat tu jangan cakap la. Sume giginya makan ulat. Pening pikirkan. Macam mana la kalau gigi kekal nak tumbuh nanti.

Tak sempat nak jaga gigi dia dah jadi camtu. Selalunya kalau nak rosak pun sekurang kurangnya bila umo dah 5 ke 6 tahun. Tapi gigi dia ni dah rosak masa umo 1 ke 2 tahun. Punya la cepat.

Tak tau apa solution untuk anak ai ni. Maybe kena bawak dia jumpa doktor gigi tanya pendapat doktor. Harapnya gigi kekal akan tumbuh dengan cantik dan sihat la nanti.

U olls ada tak pengalaman macam ni.

3G

Tak menarik la C****m 3G 1gig ni
cam nak upgrade je rasanya ke 4 gig terus
tapi siap la monthly RM68 sebulan
belum campo ngan call dan sms lagi
macam mana ek
nak upgrade ke nak terminate je terus?
yang tab tu memang ada 3G jugak
tapi 4 gig la
memang dok bayo bulan bulan RM68
kalau kat henpon pun ambik yang 4 gig jugak
mau gaji habis bayor ke bil talipon je
tapi tab tu susah la nak usung ke sana sini
sebab gedabak

tolong tolong bagi pendapatan.
he he he
pendapat la

Cool Blog jugak yang sedap

Salam Jumaat semua. Jalan lengang pagi ni kan. Tapi siap la balik nanti. Sure jem sana sini. Yang mana bercuti tu selamat bershopping.
U olls pernah tak beli  minuman kat Chat Time. Semalam si kakak ni teringin nak minum Cool Blog. Tapi kat area rumah kami tak de Cool Blog. So ai bawak la pegi Chat Time. Sampai kat Chat Time tu kami tak tau nak pilih minuman apa sebab macam tak best je. Dah alang alang masuk malu la pulak kan kalau tak beli. So ai pun oder la Manggo Green Tea . Hasilnya anak anak tak suka. Depa kata Cool Blog jugak yang sedap. Tapi bulan bulan pose ni susah sikit la nak ke Cool Blog tu sebab jauh dari rumah.
U olls suka minum Cool Blog tak. So nampaknya itulah kali pertama dan terakhir kami ke Chat Time.

Thursday, July 25, 2013

Pejam celik pejam celik

pejam celik pejam celik
dah masuk 16 ramadan kan
u olls pegi terawikh tak
bagusnya kalau pegi
tinggal lagi 2 minggu je nak raya
bagi yang keje kat selangor
best la sebab esok cuti
yang keje kat KL ni
keje la cam biasa

dalam kepala otak ni
dah plan wiken ni nak start buat biskut raya
buat mana yang anak anak suka je
samperit, almond london dan cornflake madu
yang lain tu tak payah la buat
sebab nanti tak habis jawapnya
tapi  mood ni macam tak berapa nak ada nak buat biskut ni
tapi kesian pulak kat anak anak
tengok lah cam mana nanti

kawan kawan buat ke beli biskut raya tu?

Monday, July 22, 2013

Menu anak anak hari ni

Menu anak anak untuk hari ni
apa pulak menu kengkawan


Dapat bunga api mood pun ceria

Mood happy dapat  bunga api
sama je tiga tiga beradik
tapi gambar adik tak de kat sini sebab tido
selagi tak beli bunga api ni
selagi tu la merengek nak bunga api
bila dah beli lain pulak jadinya
dok merengek nak main  bunga api pulak
tak sempat sempat



seingat ingat ai masa kecik kecik dulu
tak la macam ni pun
kalau mak beli  main la
kalau tak beli tak de la nak merengek rengek bagai

Salam Isnin

Tension la
nape kalau kalau ai update blog guna iphone
gambar tak leh appear kat pc ek

You olls dah tukar duit raya ke?
agak agak bila boleh tukar duit raya ek
tak sabar nak buat koleksi sampul duit raya
ada tak yang hobinye sama macam ai?

Sunday, July 21, 2013

Jom kita menjala

First time guna acuan yang dalam botol tu. mula mula tak reti jugak. Lama lama baru ok. Praktis make perfect kan.









Pemanggang Ajaib


Ni lah rupa pemanggang pemanggang ajaib. Last week ada oder kat kawan melalui fb pemanggang ajaib vantage ni. Saje nak try jenama lain sebab yang jenama are ikan tu saya dah ada. Senang kalau ada 2 pemanggang ni especially kalau time ramai ramai tu kan. Baru la cepat nak masak. Lagipun pemanggang are ikan tu cuma 28cm je. Kalau yang vantage atau happy call tu ada saiz 28cm, 30cm dan 32cm. Yang saya pesan tu 32cm. Ramai yang kata yang 32cm tu besar sampai tak muat la kalau nak basuh kat sinki dapur tu. Apa apa pun tengok la nanti. Kalau tak muat kena la basuh kat luar je. Kalau ikutkan yang 28cm tu pun tak muat jugak nak basuh kat sinki. Tapi entah bila la tu nak dapatnya sebab sekarang ni stok belum masuk. Harap cepat la dapat sebab dah tak sabar nak tengok macam mana rupanya. Eksited abis ni. Kalau nak beli yang are ikan tu memang ada jual kat area rumah saya ni tali malas pulak nak pegi. Harga lebih kurang sama je. Oder je nanti orang tu akan hantar kat rumah.

Kepada yang berminat kat Mydeal ada offer lagi pemanggang ajaib ni dengan harga RM73. Cepat oder kat mydeal sebelum promosi tamat. Tapi makan masa jugak la nak sampai tu.



- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, July 20, 2013

Menu apa hari ni kawan kawan

Jeles tengok kawan kawan dok tayang masakan masing masing
Taraaaaa
Hari ni kite pulak nak tayang




Menunye :


Sambal penyet
Terung bakar
Ikan rebus air asam
Ketam masak merah
(Kuah ketam tu cam tak cukup je kan. Nampak kering. Maklum la bulan posa. Tak reti nak bajet)


Kite lagi suke menu sempoi camni. Tak payah penuh penuh meja. Tapi kalau encik hubby kite tu, macam macam dia nak beli. Pantang nampak. Gatal je tangan tu nak membeli.

Friday, July 19, 2013

Lagi lagi ini




Comel tak?
ni bukan kiter dapat tau
gambar gambar ni dapat dr Mydeal
kat situ ada jual
6 pieces RM60
tengah berpikir pikir nak beli ke tidak
rasa cam sayang duit je
tapi sian pulak kat si kecik tu

Thursday, July 18, 2013

Mai nak cerita

Tajuk cam poyo je kan. Tak de nak citer apa pun sebenarnya. Citer bese bese je.


Tengok la tu. nak pi sekolah pun dan lagi tengok citer hantu. Pandai pandai je cari sendiri tu. Tengok kat depan pintu pulak tu. kalau mak nenek dulu dulu marah sangat anak anak dara ni duduk depan pintu. Tak tau la sebab apa kan.


Alhamdulillah. Tahap kolestrol dah makin turun. Baru je review dengan doktor pagi tadi. Dulu dulu kolestrol ai 7.5 u. Sangat lah tinggi kan. Pastu ai kontrol makan. Masa tinggi tu ada jugak makan ubat kolestrol. Now dah 5.4 ( tak reti la nak buat anak panah nak show figure tu. sorry).

Pagi tadi terjah ke McD jap. Nak beli toy despicable tu la konon. Sampai sampai je staff McD tu kata dah habis. Tercengang sekejap. What.. Pagi pagi buta dah habis. Staff McD tu kata dari pukul 12 malam tadi dorang dah beratur panjang kak nak beli mende tu. OMG....(sambil tepuk dahi).

Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, July 17, 2013

Toys Despicable Me 2


Tak sempat nak buat koleksi
sebab tak tahu pun benda ni keluar
tup tup ada member beli
frust tau
mengalahkan budak kecik pulak
tapi esok ada keluar yang baru lagi
kepada sesiapa yang berminat
boleh la terjah Mekdi ni
jangan lupa belikan untuk saya sekali
harapnya sempat la beli lepas balik keje esok

(feeling excited)

Macam macam rasa dah ni

Rasa sakit kepala
rasa nak demam
rasa stress
rasa penat
dan macam macam rasa lagi

tak suka la buat keje kelam kabut cam ni
letih kepala otak
adoiii
tolong tolong

Tuesday, July 16, 2013

Nak let go


Rasa cam nak let go yang ni
nak beli yang 8.0 tu
kecik sikit
senang nak bawak ke hulu ke hilir
senang nak letak dalam henbeg
tapi sayang la pulak nak let go
agak agak kalau nak let go nak letak harga berapa ek?

Homework


Sabtu ahad dua minggu sudah

Kelam kabut kita tolong dia buat
Tapi sampai la ni dia tak hantar kat cikgu pun
Dok peram dalam beg cam prkasam
Sampai kertas pun dah naik lunyai
Agaknya budak lelaki memang cam tu kan
Kita pulak yang frust

~ bila tanya kenapa tak hantar kat cikgu
katanya sebab cikgu tak minta ~

Monday, July 15, 2013

Over usage





Entah apa la yang ai guna sampai mencecah penggunaan 2.4 GB. Bila dah terlebih guna ni nak bukak internet punya la lembab. Nak view gambar tak boleh, nak hantar email tak dapat. Nak terima email pun lambat.

Kegersangan idea

Sejak bulan pose ni tak de idea pulak nak mengarang. Nak nak pulak tak boleh nak update blog dengan pc kat opis ni. Bikin mood saya ke laut je. Kalau nak update melalui phone apalah sangat kan. Setakat mana je yang boleh kan. Tak tahu lah kenapa tak boleh nak update entry dengan pc kat opis ni. Nak edit pun tak boleh.



Ni homework Zafran. Bukan main senang hati dia. Balik sekolah order je kat ibu cam oder mcD. Tapi ai tolong lukis gambar dan potong potong kertas kaler tu aje. Yang tampal tampal tu ai suruh dia buat sendiri. Tengok la tu senget senget susunannya. Tapi kira ok lah tu kan.




Semalam acara bawa anak anak pegi Giant. Konon nak jalan jalan jamu mata. Hah tu dia nko. Bukan setakat jamu mata. Malah jamu duit sekali. Kalau spend kat giant tak beratus ratus tak sah. Zafran la punya pasal ni. Sume benda tengok sume benda dia nak beli. Tak pe la. Layankan aje sebab bulan pose kan. Lagi pun ayah yang bayo. Kalau ibu bayo tu kembang kembang idung gak nak bayo.


Tuesday, July 9, 2013

Selamat berpuasa



Selamat menjalani ibadah puasa buat semua kawan kawan. Mudah mudahan Ramadan kali ini membawa kerahmatan dan keberkatan kepada kita semua.

~ Jangan lupa niat puasa malam ni dan bagun sahur esok ~

Monday, July 8, 2013

Despicable Me 2

Saya dah tengok citer ni
pegi hari sabtu lepas
tiket pukul 5.45

Anak- anak la yang sibuk sangat
ajak pegi tengok wayang
nasib la ada panggung wayang yang dekat dengan umah je


Sihat

Jom breakfast makanan sihat ni



Friday, July 5, 2013

Pemenang Segmen 'Sape nak hadiah'

Dengan ini diumumkan pemenang segmen

'Sape Nak Hadiah'

^
^
^

Pemengangnya adalah

jeng jeng jeng

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

9) www.ajumohit.com

Tahniah !!!!!!!!!

Kepada pemenang, sila lapor diri ye.



Gila beli kasut

Saya ni kalau pi jenjalan suka sangat shopping kasut
kalau nampak je kasut yang berkenan terus beli
bukan apa
takut dok hold hold nanti
bila nak beli dah tak de saiz pulak
maklum la saiz kasut saya ni
cam tapak kaki gajah
lagipun nak raya kan
apa salahnya shopping kasut banyak banyak pun

dah beli tu sayang pulak nak guna
tunggu raya lah nanti rasmi





Cer komen sikit
ok tak
saya tak pakai kasut high heels
sejak dah beranak pinak ni
sakit tapak kaki wei
kalau pakai high heels ni
so kasut yang flat flat aje le yang sesuai
tak kisah la kalau orang kata tak bergaya pun
asalkan selesa
betul tak?

Senarai peserta Segmen Sape nak hadiah

Salam Jumaat kawan kawan. Hari ni saya bercuti gara gara Encik hubby saya tak sihat. Kena food poisoning gamaknya. Muntah dan cirit dari semalam. Serba salah pulak kalau nak pi keje tinggalkan dia kan. Nanti tak masuk syurga pulak.

Ok sekarang saya nak umumkan peserta peserta segmen 'Sape nak hadiah'. Rasanya sume nama dah ada kat sini. Kalau yang ada join tu tapi nama tak de dalam senarai sila inform ye sebelum pukul 7 malam ni. Kalau berkesempatan Insya Allah saya akan umumkan nama pemenangnya malam ni jugak.



1) Http://kesumaangsana.blogspot.com
2) http://cyanxkamo.blogspot.com
3) http://alyadina.blogspot.com
4) http://mamatisya.blogspot.com
5) http://syawalsimpsons.blogspot.com
6) http://ilhamkudisini.blogspot.com/
7) www.sayacikamal.blogspot.com
8) http://my-adam.blogspot.com
9) www.ajumohit.com
10) http://norumara.blogspot.com

Terima kasih kepada semua yang sudi join segmen ni.
Tanpa anda semua siapalah saya.
Terima kasih sekali lagi.

Thursday, July 4, 2013

Segmen sape nak hadiah kini ditutup

Segmen sape nak hadiah telah pun ditutup
nanti saya akan update senarai peserta ye
Ada keje urgent jap

I'll be back...

Psst:

Kepada yang tak sempat nak join jangan sedih sedih tau. Nanti saya buat lagi. Insya Allah.

Wednesday, July 3, 2013

Sape nak hadiah



Dah lama tak bagi kawan kawan hadiah kan
ada sape sape yang nak adiah tak
sape sape yang nak hadiah
tinggalkan lah link korang kat ruangan komen kat bawah ni
sorang pemenang je yang akan dipilih

Hadiah apa?
nanti saya pikirkan yang sesuai ye
tarikh tutupnya esok tau
4 Julai 2013, pukul 12.00 tengahari

Apa tunggu lagi
bagi la link korang

(macam mana nak buat sticky post ek? tolong tolong)


Jeruk oh jeruk


Gambar ni dapat dari fb.
Kecur liur dibuatnya. Sedapnya kalau dapat.

Ada sape sape nak belikan tak.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Buat kek malam malam buta





Jadi keja malam malam buta buat kek
Dengan tak de butter kat rumah
Terpaksa la keluar kejap semata mata nak beli butter
Ni sume danial punye pasal
Nak makan kek nak makan kek
Bila tanya nak kek secret resepi ke
Tak nak pulak
Nak kek butter biasa
Mana nak cari kan
Kena la buat jugak
Penat penat buat dianya tak makan pun
Makan sekali je lepas kek tu baru masak

Adik adik
Macam macam
Bila anak nak sesuatu
Kita sebagai ibu seboleh boleh nak penuhi hajat anak tu
Tu yang malam malam buta pun sanggup



Sape nak...


Sape nak angkat tangan
peberet saya dan anak anak
selalunya beli sampai sayu kotak
kalau nak murah beli kay mydin
tapi pelik jugak
nape kat Langkawi nape tak de
Kinder Bueno yang kaler putih ni ek??

Tuesday, July 2, 2013

Adoiii penatnya

Hari ni mood entah ke mana
mana taknye
pagi pagi pukul 6.30 anak yang no 2 tu buat hal
menangis nangis nak mandi air panas tak mau mandi air sejuk
bila suruh mandi kat bilik air yang ada air panas tak nak pulak
dok menangis la buat perangai terjerit jerit
aduhai
nak marah pagi pagi pun kesian
tapi berangin la jugak
dengan nak bersiap nak pi keje lagi
haru betul la
anak korang ada tak yang macam tu

yang semalam pulak si kakak
dah la pi mengaji lambat sebab ai pose semalam
lepas bukak pose dalam pukul 8.15 baru hantar dorang pi mengaji
selalu hantar dorang dalam pukul 8
balik dari mengaji nak beli barang barang seni la pulak
terpaksa la pulak keluar pi kedai stationary malam malam
nak cari kertas warna la bagai
bila dah sampai kedai stationery tu
bukan setakat kertas warna
macam macam la pulak dia shopping
memang kaki shopping betul
tak peduli la ai ni ada duit ke tidak
asalkan dia dapat apa yang dia nak
sekali beli barang seni melayang RM50 tau
tiap tiap minggu macam tu
tak hangin ke nko satu badan
balik dar kedai pun dah pukul 10.00
mengadap jem lagi sebab ada pasar malam

dah balik rumah tu nak suruh kita tolong dia buat keje sekolah pulak
gunting gunting kertas tampal tampal bagai
tak dan nak tolong dia ai dah lena di ulit intan
kesian jugak tapi nak buat macam mana
benda dah berlalu
kan seronok kalau jadi wanita zaman zaman dulu
buat keje rumah je
tak payah pikir benda lain
wanita sekarang dah la kena keje cari pendapatan sendiri
ditambah lagi dengan keje keje yang patutnya dipikul oleh lelaki
memang la memenatkan

Psst :
mana la den tak berangin selalu. 
kat opis keje, kat rumah pun keje.
Penat tau.
Bukan nak mengungkit, sekadar meluahkan perasaan je

Monday, July 1, 2013

Sorry tak de gambar

Tak puas dok umah hari sabtu ahad lepas
mana taknye
hari sabtu ada kenduri kat rumah mak cik
kena la pegi kan
dah namanya pun makcik
hari ahad pulak bawak kezen pi sopping bagai
maklum la student
macam macam barang lecturer nak
cari kasut la, cari beg la
katanya hari ni nak masuk utan

Semalam KL jem giler
tak tau la kenapa
mungkin jugak sebab bolasepak malam ahad tu
ai yang pegi sogo ni
terpaksa la parking kat KWSP tu ha
tu pun parking kat luar je
tapi nasib la parking kena RM5 je
daripada parking kat dalam kawasan parking tu
sejam RM4 nko
kalau sopping 5 jam kira la sendiri
mahal tak hengat

Balik sopping pun semalam dah pukul 4.30
lepas tu pegi Shah Alam pulak hantar kezen tu
balik dari Shah Alam en hubby ajak singgah KL Festival la pulak
coz ada benda dia nak beli
hasilnya anak anak dan encik hubby je dapat barang
untuk maknye tak ade
sampai umah pun dah pukul 10.30 malam
nak makan la nak kemas la bagai

tuk tek tuk tek dah hari isnin
haih...
macam ni la nasib orang yang keje cam ai ni
tak dan nak puas dok umah
dah kena keje balik