Friday, May 10, 2013

Wordless Friday

Time nak mandi pagi tadi terbaca kad hadiah hari ibu yang dibuat oleh Nabila. 

" Ibu, kakak mintak maaf atas semua dosa dosa kakak terhadap ibu. Halalkan makan minum kakak. Kakak sanggup kumpul duit kakak sebab nak beli hadiah kat ibu".

Owh...sungguh terharunya bila baca kad tersebut. Rasa sebak pulak. Selama ni selalu dok marah dia. Yelah sebab dia selalu tak nak dengar cakap saya. Bila suruh mandi siap siap pegi mengaji dia leka je macam tak dengar. Bila keluar tu ada je benda yang dia nak beli. Dan macam macam lagi la yang selalu buat saya marah. Memang anak anak macam tu ke perangainya.

Kakak, ibu tak harap pun kakak bagi hadiah kat ibu. Apa yang ibu harapkan kakak dengar cakap ibu, belajar rajin rajin, solat 5 waktu dan jadilah anak yang solehah. Ibu doakan semoga kakak dan semua anak anak ibu dipelihara dan dilindungi Allah selalu.


7 comments:

  1. bagusnye nabila...kompem2 la terharu kan..

    ReplyDelete
  2. Kalau M jadi ibu Nabila sure tangkap leleh dah bila baca kad tu -.-

    ReplyDelete
  3. sweet la kakak.... siap kumpul duit sendiri utk beli hadiah buat ibu :)

    ReplyDelete
  4. anak dara ngan anak lelaki ne beza sikit cara dia entertain kita.. biasalahh anak pompoan nak ber kad bagai..nak manja2..anak laki ne buat donno jerr..widh pon xder..grrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  5. huaaa terharunya auntie baca
    serius tacing

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.