Lagi gambar tentang Legoland. Ai ingatkan gambar kamera ni tak clear, so ai tak lah ambik gambar banyak sangat guna kamera ni. Bila tengok tadi okey pulak. Alahai..melepas nak ambik gambar yang menarik menarik kat Legoland tu. Ni je yang ada.
Shipyard ni kitaorang tak main pun sebab ramai sangat yang beratur. Malas nak q panjang panjang.
Angry Bird
Permainan kat sini macam kete bomba. Bila tekan boleh pancut pancut air. Kanak kanak yang berumo 7 tahun ke atas sesuai la kut dengan permainan ni.
Permainan ni kena naik sampan dan sampan tu akan keluar dari atas tu menuju ke bawah. Kalau tak nak baju basah tak payah la main permainan ni. Orang dewasa yang ramai main permainan ni.
Main pancing pancing. Kena bayar RM15 kalau nak pancing setakat 2 ekor benda tu. Kalau nak pancing 4 ketul kena bayar RM25.
Burung kakak tua yang dibuat dari Lego. Kagum kagum.
Kat dalam ni ada taman permainan untuk kanak kanak 2-5 tahun. Boleh berehat jugak kat sini. Gerai jual makanan pun ada.
Alat ni kalau kita sentuh dia akan berbunyi ikut jenis alat muzik. Kalau tak dia diam je.
Ai memang spare topi siap siap dari rumah sebab tahu tempat ni panas. Siap siap jugak bawak payung pendek takut takut kalau ujan.
Zirafah dari lego. Kat belakang tu ialah restoran. Makanan yang dijual kat dalam Legoland ni okey la harganya. Tak la mahal sangat dan tak jugak murah macam kat luar tu.
Dino yang dibuat dari lego.
Secara keseluruhannya memang best la pegi Legoland ni. Sayang ai tak ambik gambar banyak banyak. Maklumlah, kamera 3.1 MP je. Untuk makluman uolls, jangan la beli tiket masuk ke Legoland ni dengan ulat ulat tiket yang ada kat luar tu. Sebab takut nanti dah bayar tapi tak boleh nak masuk ke dalam Legoland tu. Beli je kat kaunter tu walaupun mahal tapi pasti boleh masuk. Kalau beli kat ulat ulat tu, kalau boleh masuk tak pe, takut tak boleh masuk je. Kan dah rugi...
Seronok nya lah pegi Legoland ni..
ReplyDeletentah lah bila baru nak sampai sana..:)
cantik semua gambar tu...wahh sini pun ada ulat tiket jugak...
ReplyDeletekat sini try tengok...
ReplyDeletetapi model lain skit
http://www.sony.com.my/productcategory/nex-camera
kat lazada pun ada
http://www.lazada.com.my/Sony-NEX-5NK-KIT-18-55mm-Lens-161MP-Black-8GB-Case-91169.html
wah dah pi legoland bestnya,...
ReplyDeletebestnya.. bila lah nak dpt g nie..
ReplyDeletecantiknya Legoland..
ReplyDeleteseronok jalan bersama family di tempat mcm ni kan
seronok aje tgk tp mcm tak mampu lg nk pergi...kne simpan duit dulu
ReplyDeletewaaaa hari tu masa cuti sekolah lalu je intai-intai dari luar, nak masuk ongkos tak cukup haha
ReplyDeletenext time haruslah pergi legoland! thanx kak share pictures :)
intan x pernah pi lagi sana...cantik tempatnya
ReplyDelete