Thursday, August 2, 2012

Pilu di hari raya ~ Al Fatihah

Tak sampai hati nak baca kisah yang menyayat hati tu.
apatah lagi nak copy paste kat sini
kesian kat si anak yang berusia 2 tahun
yang kehilangan ibu dan ayahnya serentak secara mengejut
padahal ibu dan ayahnya baru saja menghantarnya ke rumah pengasuh
tu lah yang dikatakan malang tak berbau
mesti si anak tertunggu tunggu kepulangan ibu dan ayah balik dari keje
si ibu sedang hamil 7 bulan
dengar ceritanya baby yang kat dalam perut ibunya tu hancur dah tak nampak rupa
perut sibu pecah akibat hentakan bas yang kuat
Masya Allah
dugaan apakah ini menjelang hari raya
kesian sangat
memang menangis la mengenangkan kisah yang sedih ni
pilu rasa hati
semoga Allah pelihara anak yang ditinggalkan itu
dan mendapat sepenuh kasih sayang
sebagaimana yang ibu ayahnya berikan
semoga ibu ayah dan adik beliau
ditempatkan bersama orang orang yang soleh
Amin

Note : Kalau nak tahu cerita boleh  baca dalam suratkhabar hari ni. Kisah kemalangan ngeri yang melibatkan bas sekolah yang mengancam 3 nyawa.

6 comments:

  1. sedih sgt ... sejak akhir² ni mcm berlaku .. walaupun bukan pd diri sendiri .. tp terasa jugak sedih sebab org islam kan.. apepun doakan moga roh mereka tenang disana...

    ReplyDelete
  2. sedih mmg sedih,..tgk kat berita semalam pun dah nmpk sayunya..tak terbayang...alfatihah untuk mangsa kemalangan tu.

    ReplyDelete
  3. Berita malam tadi kakak dah tengok rasa ngilu dan sedihnya tak terkata. Anak kakak pun boleh kata "kesianlah pada anak dia kan mama"

    ReplyDelete
  4. kejadian ni dekat dengan rumah saya. mmg sedih bila lalu tempat kejadian malam tadi...huhuuuu...

    ReplyDelete
  5. saya sebak masa baca berita ni..Al Fatihah..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.