PUTRAJAYA: Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima tunggakan gaji antara tiga hingga empat bulan dijangka seawal bulan ini berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diumumkan Perdana Menteri, semalam.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan itu berasaskan gaji pokok terkini yang dikira mulai Januari lalu.
“Jika gaji asas seorang kakitangan adalah RM2,000, dia akan menerima tunggakan RM260. Namun, cara pembayaran tunggakan itu akan ditentukan bahagian sumber manusia agensi masing-masing sama ada secara berperingkat atau sekali gus.
“Ini kerana mereka perlu mengira semula gaji terbabit, tetapi lagi bagus kalau ia dibayar sekali gus,” katanya ketika ditemui media selepas Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.
Omar berkata, pihaknya berpuas hati dengan pengumuman Perdana Menteri dan menganggap ia adalah pengagihan saksama serta memberi kebaikan kepada semua penjawat awam.
Menurutnya, pembatalan SBPA juga disifatkan mengurangkan jurang antara kumpulan pengurusan dengan kumpulan utama.
“Jadi, kita harap selepas ini kakitangan kerajaan akan lebih fokus kepada tugas masing-masing dan tidak timbul lagi soal tidak puas hati kerana sebahagian besar tuntutan kita sudah dipenuhi. “Kalau nak ikut rasa tidak puas hati sampai bila pun masalah tidak selesai. Sekarang kita kena jenamakan semua sikap kerana Cuepacs sentiasa berunding untuk menambahbaik gaji kakitangan awam,” katanya.
p/s : untung la sape jadi penjawat awam. Penjawat tak awam telan air liur je.
p/s : untung la sape jadi penjawat awam. Penjawat tak awam telan air liur je.
alhamdulilah.. tapi ila semi gomen
ReplyDelete