Story Mory Cik Lala

Monday, August 4, 2014

Puashati layan Transformers

Berjaya jugak akhirnya si kecik tu tengok citer Transformers hari Sabtu lepas. Citer tu kan release dekat dekat nak pose 26 Jun 2014. Dengan si kakak kat hospital. Camne nak bawak kenit tu pi tengok wayang. Elok discaj dari hospital je dah pose. Takkan bulan pose nak pi tengok wayang jugak kan.

Serius best citer Transformers tu. Tak rugi tengok. Ingat kami je yang nk tengok. Rupanya penuh jugak panggung wayang hari sabtu lepas. Cumanya time dah tak banyak pilihan la cam masa mula mula release. Yang ada cuma pukul 12.30 pm je. Kira ok la tu. Dan buat keje rumah kejap. Pilih twin seat. Memang la selesa walaupun mahal. Pilih yang belakang sekali. Kalau nak seat murah murah dapat la kat depan which is sakit kepala nak dongak tengok screen kan.
Patut la citer tu berjaya dapat collection tertinggi. Si danial pulak transformers tu berperang kat screen yang dianya bersilat kat belakang. Lantak la dik. Asalkan bahagia. Tapi memang puas hati la. Danial kata ada 4 citer wayang yang dia nak tengok termasuklah Transformers tu. Lepas ni dia ajak tengok citer Ninja Turtle pulak. Dia ingat mak dia ni ada kilang buat duit kertas agaknya.

6 comments:

  1. selamat melayan anak2 tengok wayang ek? he he he...

    ReplyDelete
  2. transformers memng best..
    walau hero dia mcm x berpa macho..mmm

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya ana.. fuhh lama betul cikda tak baca blog ana nih.. hehehe.. maaf zahir batin andaiada terkasar bahasa ye..

    cikda kalau masuk wayang mau terbuntang mata..almaklum skrin beso beno.. hahahhaha

    ReplyDelete
  4. OKje pun dh tengok IL masa first puasa dulu kat Tronoh.....sedih kan...

    ReplyDelete
  5. betul akak.. best sangat kan.. farah tgh tayangan midnight.. tak mengantok langsung..=D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.