Thursday, November 20, 2014

Appendiks


Kena appendiks ni tak semestinya demam, muntah dah jalan sampai terbongkok bongkok. Macam Nabila ni cuma sakit perut je pada asalnya. Tapi dia aktif, lalu makan dan boleh berjalan macam biasa. Tapi dalam sehari banyak kali dia komplen dia sakit perut sampai dah tak larat nak dengar. Dia kata kalau time  sakit perut tu rasa perut macam nak pecah. Eii ngeri pulak dengar kan.

Nasib la cepat bawa dia pergi cek kat hospital. Doktor kanak kanak yang merawat dia kata 90 percent appendiks. Doktor yang buat ultasound pun suspek appendiks. Dan doktor pakar bedah kanak kanak juga suspek appendiks. Masa buat scan tu tak nampak appendiks tu sebab usus nabila banyak angin.

Ahad 16 Nov 2014 jam 11.30 pagi Nabila ditolak ke bilik bedah. Jam 12.30 tengah hari dah selamat ditolak ke recovery room. Dan di transfer ke wad jam 1.50 petang. Alhamdulillah sumenya berjalan dengan lancar. Hari Rabu 19 Nov 2014 dah discaj. Terima kasih ya Allah.

Pada hari Isnin, disaat saya menjaga Nabila di wad, anak kedua saya pulak call mengatakan kakinya dihempap dengan pagar sekolah. Pagar tu agak besar. Maklum la pagar surau aka sekolah agama. Saya minta ayahnya bawa dia cek up di klinik dan buat x ray. Nasib baik tak retak dan tak patah. Tapi kakinya ada luka kecil. Hari ni alhamdulillah. Nampak kakinya pun dah ok. Bengkak pun dah semakin kurang.

6 comments:

  1. moga navbila beransur sembuh.. kesian sgt kat dia...
    alahai.. ujian bertimpa2.. semoga anak2 akak semuanya beransur sihat sekarang

    ReplyDelete
  2. aduhai ngerinye ...
    semoga dedua anak cepat sembuh .. mak die pun bertabah tau ... macam2 dugaan

    ReplyDelete
  3. Seramnya tengok kaki bawah tu ....mcm berlubang.
    Ohhh appendik rupanya....ingatkan demam ..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dah beransur sembuh...semoga anak2 akak cepat sembuh..=D

    ReplyDelete
  5. Allah Hu Akhbar..
    semoga ibu lala kuat.

    arwah paklong sy dulu appendik pecah dlm perut.sepupu sy dua org operate appendiks ni..

    ReplyDelete
  6. kalo appendix ni biasa sakit perut bahagian mana ye? Saya selalu sakit perut belah kanan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.