Monday, October 8, 2012

Sudah bertukar

Operasi menukar laptop baru sebab laptop yang ada tu dah hampir 7 tahun.Tapi masih boleh digunakan lagi walaupun tak update. Menurut orang yang jual laptop ni, laptop yang lama tu tak perlu update lagi sebab jangkahayat komputer ni selalunya 5 -6 tahun sahaja. Laptop ni adalah kegunaan encik somi untuk buat kerja-kerja dia. Laptop yang lama tu boleh la ai belasah lepas ni.

Ultrabook jenama Toshiba seberat 1.1kg

Dilengkapi dengan i7. Laju sikit kononnye dari i5.


Accessories yang kena bayar RM20/-. Yang USB hub tu ai suke sebab laptop kat opis ai ni tak cukup usb hub. Pastu pulak usb hubnye berdekatan antara satu sama lain.

Yang ni percuma sebab beli printer laser jet hp.


Percuma petrol yang bernilai RM100 dengan pembelian printer laser jet hp. Jimat duit..

Ai suka ultrabook ni sebab ianya nipis dan ringan. Senang nak usung ke mana mana. Walaupun ni untuk kerja kerja encik somi, tapi ai jugak yang buat sume kerja kerja dia tu. Makna kata, ai jugak la yang guna. 



2 comments:

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.