Monday, February 20, 2012

Bila anak anak tak sihat

Hari kedua Danial Demam
Tadi Nabila call
katanya suhu Danial mencecah 39.1
Aduh..tak keruan ibu kat opis ni
Kesian Danial sebab
Ibu tak dapat nak jaga Danial hari ni
Ibu ada meeting petang ni
Nampaknya Danial dengan kakak
kena on antibiotik jugak
kalau tak demam ni pasti melarat
dan tak akan sembuh
Kakak pun demam jugak tu
pagi tadi pegi sekolah agama je
sekolah kebangsaan tak larat nak pegi
lagi pun cikgu dah pesan
kalau demam jangan datang ke sekolah
takut berjangkit kat budak budak lain nanti

Aduhai Danial
Cian anak bongsu ibu ni demam
Ibu rasa cam nak balik sekarang je jaga Danial
Ibu tak sampai hati nak keje kalau anak anak ibu sakit


1 comment:

  1. Pergilah meeting tu dulu... lupakan sebentar Danial demi tugas.. balik nanti fokus pada anak-anak pulak.. ibu-ibukan super woman.. take cara, jgn ibu ikut demam.. haru jadinya..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.