Thursday, April 23, 2015

Hye semua


Lama tak buat entri sebab bizi bizi dan bizi. Keje banyak kat opis manakala staff tak cukup. Dulu ada 4 orang. Sorang dah resign. Dapat jadi manager kut kat tempat baru. Sorang lagi pulak dah sarat menunggu kelahiran cahayamata ke 4. Makanya tinggal lah kami berdua sahaja. Sume keje kami berdua la nak kena handle. Meeting pulak setiap minggu. Macam macam meeting dok ada. Selain meeting banyak lagi adhoc keje nak kena buat.

Boss kata orang baru akan masuk lagi sebulan. Hu hu hu. Cam nak nangis dengar. Ayat boss yang tak boleh blah " u all kena bekerja keras dalam masa sebulan ni sementara orang baru nak masuk". Selama ni pun kami bekerja keras gak boss. Boss je yang senang hati jalan sana sini sedut udara segar.

Biasa la boss. Peduli apa keje banyak ke tak. Yang penting sume keje keje tu staff yang buat. 

Wednesday, April 1, 2015

Lepas satu satu



Lepas ekon dah elok, 2 meter kecik yang kat atas tu pulak rosak. Kos nak repair kat service center lebih kurang rm2000. Bukan kena repair malah kena ganti baru terus. Tunggu punya tunggu dari pukul 2 sampai pukul 4.30 petang tadi masalah tak selesai jugak. Esok kena datang balik. Masalahnya esok saya ada training. Macam mana nak datang.

Tak tau cane benda tu boleh rosak. Servis centre tu kata ni first time berlaku. Adu du. Mulanya meter minyak tu je yang rosak. Bayangkan. Isi minyak rm30 ahad lepas sampai hari ni dok full lagi. Padahal dok ulang alik pi keja dengan hantar danial pi tusyen. Bila matikan kete pun jarum tu tak turun. Now dah effect pulak meter temperature tu. Geram betul.

Thursday, March 26, 2015

Redho je dia


Si kecik ni kalau kena ambik darah ke apa ke redho je dia. Kat hospital misi misi pun kagum dengan dia ni. Rilek dan cool saje. Ni ambik darah sebab hari selasa dia bleeding from nose. Hari rabu pulak bleeding from mouth. So doktor advise supaya cek darah. Mummy kena la half day hari ni bawak si
Kecik ni ke hospital.

Alhamdulillah lepas dapat result blood test doktor kata nothing yang serius. Just a mild infection and to continue antibiotics. Fuh lega dengar.

Lepas balik dari hospital singgah dental clinic pulak sebab tak puas hati dia bleeding from mouth tu. Rupanya ada gigi geraham baru nak tumbuh yang baru nak keluar dari gusi. Dah nampak samar samar. Sebab tu la jugak dia komplen gusi atas dia sakit teruk katanya. Fuh lagi sekali lega.

Wednesday, March 25, 2015

Bila si 'dia' merajuk


Kete saya tu dah merajuk. Baru je tukar kipas ekon bulan january yang lepas. Kosnya RM850. Hari ahad baru ni pulak tukar kipas yang sebelah lagi sebab kete tu tak rasa sejuk pun. Asyik rasa bahang panas je. Anak anak pun dah bising. Kos yang ni pulak RM320. Lepas tukar dua dua kipas tu masih jugak tak rasa sejuk. Saya pegi balik kedai tu. Uncle tu kasi tambah gas. Gas kurang katanya. Melayang lagi RM50. 

Hai la WVK. Ada ada je la awak ni. Lepas ni jangan buat hal lagi tau. Saya tak jadi nak tukar kete baru pun. Pakai la awak tu sampai habis bayor. Lepas ni dah ada gst lagi la harga kete melambung naik. Takde maknanya nak tuko kete.

Sebenarnya memang saya ada plan pun nak tuko kete. Silap cakap depan depan WVK. Kan dah merajuk. Saya plan nak ambik kete yang 8 seaters. Maklum la. Anak anak kan sume dah beso. Bila naik WVK tu dah tak muat. Tapi bila pikir balik cam rugi pulak beli kete besar besar ni. Lagipun ni second car je. Kalau kete kecik senang nak parking. Nak nak pulak yang bawak kete tu kecik kemetot je. Kalau kete beso terasa cam bawak bas pulak.

Monday, March 23, 2015

Anak dara jatuh basikal



Peristiwa ni dah lama berlaku. Dalam bulan februari 2015 ni la jugak. Anak dara dalam perjalanan nak ke sekolah agama. Sampai kat satu selekoh katanya basikal dia tu tiba tiba je stop. Dia tercampak ke depan. Nasib baik la tak de kete time tu. Ambik masa seminggu la jugak nak baik luka luka tu. Nasib la tak de yang kena berjahit. Kalau tidak susutnilai harga nanti. Kuang kuang kuang