Dramatis terkenal, Sherie Merlis yang baru menamatkan status jandanya pada 1 Januari lalu selepas berkahwin dengan Ash kini telah disahkan mengandung.

Sherie nyata bersyukur kerana dia mengandung lagi selepas hampir 20 tahun menjadi ibu tunggal setelah dikurniakan dua orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu.

Dengan kandungannya yang kini berusia sebulan lebih, Sherie begitu mengambil berat kandungan dan kesihatannya apatah lagi dengan usianya yang telah mencecah 40an.

Sementara itu, Ash yang mendapat tahu perkhabaran itu terkejut apabila doktor memberitahu Sherie mengandung walaupun mereka baru dua bulan berkahwin di mana secara tidak langsung doanya untuk bergelar bapa telah dimakbulkan oleh Allah.