Penyampai radio popular Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, atau lebih dikenali sebagai Leya telah sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin, 32.

Pasangan berkenaan bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dalam satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam.

MH Online difahamkan, walaupun sudah bercerai, mereka tetap berhubungan sebagai kawan baik.

Pasangan yang bernikah pada 8 Disember 2007 itu dikurniakan sepasang anak perempuan kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah.