Story Mory Cik Lala

Tuesday, February 10, 2015

Pengalaman masuk wad



Eii serik sangat. Dah la ngeri tengok jarum bagai. Kena masuk drip. Pastu kena usung ke hulu ke hilir mesin drip tu. Nak pi toilet pun susah. Menyiksakan betul.

Selasa 27 Januari 2015 lepas first time saya masuk wad. Pagi tu okey. Kat opis tiba tiba je rasa pening. Tengah hari sempat pi klinik kat depan opis ni. Tapi bila dah sampai sana saya dah tak larat sangat. Pening sesangat. Doktor dah bagi ubat tapi saya still tak recover. Makanya saya direfer ke hospital.  

Sampai kat hospital saya terus dimasukkan ke wad. Tak boleh nak buka mata langsung. Malam tu baru la saya beransur ok. Esoknya hari Rabu tu doktor nak buat cek up detail. Tapi saya request nak balik sbb hari Jumaat tu saya nak fly. Barang barang belum packing.

Masa discaj badan masih lemah. Tapi gagah jugak sebab nak balik punya pasal. Lemah mungkin kesan dari ubat yang doktor inject semalam. Tapi lama kelamaan beransur okey.

Memang serik masuk hospital woo. Biarlah itu kali pertama dan terakhir.

7 comments:

  1. Pusing ke sakit kepala IL? Darah tinggi ke? Ke Vertigo?
    Syukur alhamdulilah dah baiklah ni yeh.....

    ReplyDelete
  2. take care & semoga cepat sembuh..penat sgt kot?

    ReplyDelete
  3. bis tu tak buat full checkup ke .. tak risau ke ...
    nanti pi la check .....

    ReplyDelete
  4. Lps blk Bandung x buat check up lg ke?

    ReplyDelete
  5. Semoga dkurniakan kesihatan yang baik.. Take care, Cik lala :)

    ReplyDelete
  6. Didoakan agar diberikan kesihatan yang baik. Take care :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.