Story Mory Cik Lala

Monday, February 23, 2015

Sesak



Dah berapa tahun tak balik kampung time CNY ni. Tahun ni pun balik sebab Danial ajak balik kampung. Punca tak nak balik kampung sebab jem. Harus lah jem sana sini kan. Kat kampung pun tak pegi mana. Lepak kat rumah saja.  Tapi anak anak puas la bermain sebab kat kampung tu kawasannya luas. Tak macam kat KL ni. Keluar rumah je jalan raya. Budak budak nak main pun tak de tempat.

Balik dari kampung hari sabtu lepas. Bertolak dari sana pukul 4.30 petang. Jam 10.30 malam baru sampai rumah. Sepatutnya 3 ke 4 jam dah boleh sampai rumah. Slow moving. Kereta memang banyak atas highway tu. Nak singgah hentian rnr pun sampai tak boleh masuk. Nasib la anak anak tak banyak ragam. Boleh drive selaju 20 ke 40 km sejam je. Tu cerita hari sabtu. Hari ahad tak tau la macam mana pulak. 

7 comments:

  1. hari ahad pun lebih kurang je sesaknya ana...hehe..nasib la kan...

    ReplyDelete
  2. mmglhkn.. klu boleh elak dr blik.. kn..
    tpi kehendak anak2 kena ikut juga.. nti ada yg tarik muka monyok..

    ReplyDelete
  3. biasalah musim perayaan besar camni..
    mmg jem la.. tp time ni la KL sunyi sepi

    ReplyDelete
  4. Kampung Ibu Lala kat mana? Dulu masa takde anak, kalau balik kampung takde buat apa sgt, tapi skrg rasa tumpang happy bila tgk anak happy sgt masa balik kampung. Boleh berjalan dan bermain dalam kawasan yg luas, rumah pun takde la bertutup dan berkunci sepanjang masa.

    ReplyDelete
  5. Kalau musim cuti mana mana pun jem IL....nak buat camne...depa nak balik kg jugak hihi

    ReplyDelete
  6. Sbb tue cuti mcmni Farah lebih suka dok umh jer.. tak sanggup nk mengadap jalan sesak mmg tue..huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. Huhh..mmg penatkan klau jem tu.nasib juga azwa xbnyk ragam klau dlm kereta ni..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.