Story Mory Cik Lala

Thursday, September 20, 2012

Jom kita simpan duit raya anak anak

Setiap kali raya tiap tiap tahun pening nak menghandle duit raya anak-anak. Mana taknya, sume duit raya derang ibu yang kena simpan. Dapat kat ayah pun bagi ibu simpan gak. Nak simpan duit anak, duit ibu lagi, kadang-kadang duit ayah pun ibu gak kena simpan. Hurm. Tugas ibu ni bukan setakat menjadi seorang ibu malah menjadi Menteri Kewangan jugak di rumah.

Pagi tadi ai baru berjaya memasukkan duit raya anak-anak ke akaun Tabung Haji. Dapat tak banyak pun. Tapi kalau yang sikit tu disimpan lama-lama jadi banyak jugak kan. Budak-budak ni akaun Tabung haji ada, Ambank ada, Bank Rakyat pun ada. Cadangnya bila ai cuti nanti nak keluarkan duit deme deme ni dari akaun Bank Rakyat dengan Ambank dan nak masukkan kat Tabung Haji. Tambah sekarang ni pulak urusan Tabung Haji ni boleh buat kat Bank Islam. Senang la sikit aktiviti menabung tu.

Korang pulak macam mana. Dah simpan duit raya anak-anak. Ke dah habis 'terguna'. Hi hi hi. Kalau dah terguna tu jangan lupa ganti balik tau bile ada duit nanti. Besa la jadi parents ni, memanjang 'sesak' kan. Anak-anak je yang tak tahu sesak.


3 comments:

  1. Ayu lum selesai lagi...hari tu cuti pun...ingat nak ke bank...tapi busy ke lain plak..

    ReplyDelete
  2. yg alisha punya pun smpan dlm tabung haji..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.