Showing posts with label Cerita di hospital. Show all posts
Showing posts with label Cerita di hospital. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

My Hero dah discaj

Encik somi dah discaj tengah hari semalam
lepas bawa kakak jumpa pakar kat Pusrawi
ai terus pick up encik somi

Hari ni baru nak datang keje
Danial pulak demam
Aduhai...

Tapi ai terpaksa la pegi keje jugak
ai tinggalkan Danial di bawah jagaan emak
harap harap Danial tak demam kuat ye sayang

Terima kasih kepada semua
yang mendoakan kesihatan
encik somi ai tu.
Hanya Allah yang akan membalasnya.

Tuesday, June 19, 2012

IJN ~ day 3

Ai tak larat nak bangun awal pagi hari ni.
Dekat pukul 8 pagi baru i gerak ke ijn untuk melawat encik somi. Sampai kat ijn tu 'jaga' siap pesan supaya ai melawat husben kejap je sbb waktu lawatan adalah pukul 12:30. Ai pun sbnrnya x hingin nak masuk kat situ klw saje saje. Ni sbb nak tgk husben kita mcm mana terpaksala ai masuk gak buat tebal muka.
Encik somi kata dah boleh pindah ke wad biasa tapi maybe belah petang. Nasib baik barang barang sume dah standby dalam kete. Tinggal nak angkut je bila bila masa.
Dapat masuk 3 minit je. Time tu la jugak misi nak ambik darah. Tadi tak nak ambik. Geram betul. Pastu ai trus blah pi opis kejap sbb nak ambik dokumen meeting semalam. Pukul 10.30 pagi ai gerak dari opis ke ijn senula sbb nak jimat parking. Kalaw lama lama parking kat situ banyak kena bayar nanti.
Dari opis ai ke ijn x sampai pun setengah jam. Sementara tunggu pukul 12:30 ai lepak dulu kat bawah. Ingat nak buat keje tapi takde soket la pulak. So ai cuci cuci mata saja.
Terima kasih kepada emak yang tolong jaga dan uruskan anak anak ai. Tak terbalas jasanya. Kalau ai dah tua nanti pun belum tentu ai dapat buat macam ni.
Terima kasih kepada boss yang tak reply message ai. Tak tau la boss marah ke hapa. Tapi kalau bos ditempat ai baru la boss tahu mcm mana situasi sbnrnya.
Terima kasih kepada kawan kawan ai, azlin yang tolong masuk meeting ai dan yang lain lain kerana memahami keadaan.




Gambo ni ai ambik masa kat dalam
Stepdown unit lepas buat angio tu

Monday, June 18, 2012

IJN ~ day 2


Encik somi dapat turn masuk ICL pukul 4 ptg. Ai tunggu kat luar sbb takut nanti kut kut nurse panggil nak tanya apa apa.
Pukul 8:30 mlm nurse ICL panggil ai untuk bagi makanan kpd encik somi.
Ai pun dapat masuk ke dalam ICL tu. Cuak bukan main ai masuk dalam tu. Seram. Nak beranak pun tak seram cam gini.
Ai nmpk encik somi letak tangan atas kepala. Bila ai tanya kenapa encik somi kata dia pening kepala and rasa loya sbb lama sangat perut kosong. Ai suapkan dia roti dan air soya. Tu pun dia tak nak sebab dia kata dah tak lalu nak makan.
Silap la jugak sbb x inform misi awal awal yg encik somi ai ni tak leh perut kosong lama lama.
Pastu encik somi kata buat angio melalui tangan sangat menyakitkan as compare dengan buat melalui paha. Kesian ai tgk encik somi. Kalau ai pun tak sanggup nak buat benda ni. Ai lebih rela sakit kut dari buat rawatan yang menyakitkan.
Masa dlm icl encik somi sibuk mintak transfer ke wad biasa sbb dia x selesa kat situ. Nurse kata encik somi kena masuk stepdown unit dulu untuk monitor the condition sbb encik somi having a chest pain.
Pkl 9.30 malam baru tiba di stepdown unit. Sampai sampai je, encik somi terus muntah. Kat dalam Stepdown tu misi yang jaga sume. Kita tak boleh tunggu. So ai pun balik umah tido dengan anak anak yang ai rindu. Sampai umah pkl 11 mlm. Sebenarnya ai ni penakut nak drive malam malam. Tapi terpaksa gak la. Kalau ai nak tido kat hospital pun tak guna sebab ai bukannya boleh tido sebelah encik somi.



Muka selamber tapi hati mesti cuak kan..


Ni la makmal ICL tu.

IJN ~ day 1

Bersiaran dari IJN hari ni
Encik somi sedang menunggu giliran untuk buat angio
Tak tahu la dapat turn pukul berapa
Member dah tak tahan kelaparan
Kerana puasa dari pukul 10.00 malam tadi





Monday, May 21, 2012

Ayah dah balik rumah

Husban dah discaj pada hari sabtu lepas. Berkurun jugak kami menunggu sementara settle bil dan ubat ubatan. Nasib baik ada sikenit ni yang temankan. Dah la wad ayah tu kepanasan. Sementara menunggu ayah discaj, kami lepak dulu di cafe yang ada. Tima kasih Danial sebab temankan ibu. Sewaktu dalam perjalanan balik, Danial tido kepenatan. He he he

Tuesday, May 15, 2012

Lagi lagi hospital - hari kedua

5:19 pm

Hari ni hari kedua encik somi di hospital. Nampak cam ok sikit dari sebelumnya. Doktor suruh continue balik aspirin untuk mengelakkan darah beku di saluran jantung. Doktor akan bagi surat refer ke IJN. Mungkin hari khamis dah boleh keluar hospital.





Monday, May 14, 2012

Lagi lagi hospital

5:30 pm

Balik rumah kejap sebab nak ambik Nabila balik sekolah. Tak sampai hati nak suruh dia balik dengan van sekolah. Japgi malam nak pegi balik ke hospital. Ajak anak buah temankan sebab memang dari azali tak berani keluar malam.

Dari tengah hari tadi bacaan tekanan darah husben turun naik. Mula mula cek tadi 119. Mana taknya, seminggu dua ni dok belasah kambing ja. Bila kita cakap tak nak dengar. Tulah akibatnya. Kambing black pepper la, nasi arab kambing la. Hish..tak ingat ingat yang badan tu sakit. Memang tak sayang badan betul.

Tunggu berjam jam kat emergency tu tak jugak dapat ujian darah. Naik pening menunggu. Dengan ngerinya lagi. Hari ni ramai pulak yang masuk wad kecemasan tu sebab accident. Hii seram. Harap harap encik hubby ok la. Risaunya kalau dia kena tahan masuk wad.

1:50 pm

Sekarang ni saya berada di bahagian kecemasan Hospital Selayang. Husband dah 2 minggu komplen sakit dada. Bila diajak ke hospital dia tak nak pulak. Hari hari dengar dia komplen sakit tu sakit ni. Hari ni dah tak larat sangat nak lawan la tu yang dia ajak ke hospital tu. Tu pun pagi tadi ada hati nak pegi keje. Siap naik moto lagi. Kali ni ntah berapa hari la pulak kena masuk wad.

27/11/2009 husband telah dimasukkan ke IJN akibat serangan jantung. February 2010 pulak masuk hospital lagi kerana jaundis. Sebulan jugak la kena tahan wad dan 3 hari dimasukkan ke wad HDW.