Monday, May 14, 2012

Lagi lagi hospital

5:30 pm

Balik rumah kejap sebab nak ambik Nabila balik sekolah. Tak sampai hati nak suruh dia balik dengan van sekolah. Japgi malam nak pegi balik ke hospital. Ajak anak buah temankan sebab memang dari azali tak berani keluar malam.

Dari tengah hari tadi bacaan tekanan darah husben turun naik. Mula mula cek tadi 119. Mana taknya, seminggu dua ni dok belasah kambing ja. Bila kita cakap tak nak dengar. Tulah akibatnya. Kambing black pepper la, nasi arab kambing la. Hish..tak ingat ingat yang badan tu sakit. Memang tak sayang badan betul.

Tunggu berjam jam kat emergency tu tak jugak dapat ujian darah. Naik pening menunggu. Dengan ngerinya lagi. Hari ni ramai pulak yang masuk wad kecemasan tu sebab accident. Hii seram. Harap harap encik hubby ok la. Risaunya kalau dia kena tahan masuk wad.

1:50 pm

Sekarang ni saya berada di bahagian kecemasan Hospital Selayang. Husband dah 2 minggu komplen sakit dada. Bila diajak ke hospital dia tak nak pulak. Hari hari dengar dia komplen sakit tu sakit ni. Hari ni dah tak larat sangat nak lawan la tu yang dia ajak ke hospital tu. Tu pun pagi tadi ada hati nak pegi keje. Siap naik moto lagi. Kali ni ntah berapa hari la pulak kena masuk wad.

27/11/2009 husband telah dimasukkan ke IJN akibat serangan jantung. February 2010 pulak masuk hospital lagi kerana jaundis. Sebulan jugak la kena tahan wad dan 3 hari dimasukkan ke wad HDW.













2 comments:

  1. moga cepat sembuh.. amin.. ;)

    psstt: singgah dari blog ajumohit..

    ReplyDelete
  2. sabar ye kak .. ada hikmah di sebalik suma ini .....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.