Wednesday, October 16, 2019

Pokok Limau Purut


Geram betul dengan pokok limau purut ni. Tanam tak pernah nak hidup. Awal tanam hidup la dalam 2 ke 3 bulan. Lepas tu mati. Dah 2 kali aku beli pokok limau purut ni. Tangan panas betul. Hari tu nak beli pokok ni dengan orang bawa lori pokok kat pasar, tapi mahal sangat. RM15 satu. Mak oii, terus aku tak jadi beli. Kalau RM5 boleh tahan la lagi. 

Aku selalu beli je daun ni kat pasar atau kedai runcit. Nak pakai sikit je tapi kena beli sejambak. Akhirnya yang lebih tak pakai tu buang sebab dah kering dan rosak. Takkan hari hari nak pakai daun ni pulak kan. Kalau ada pokok ni tanam kat rumah boleh ambik setakat nak guna je. Tak la membazir.

Teringat masa kat kampung dulu. Pokok ni ditanam dibelakang dapur. Segar bugar. Meriah betul daun dan buah dia. Kalau nak pakai petik je. Tak payah beli. Hidup kat bandar ni semua benda kena beli. Kan.....

4 comments:

  1. Kena cari petua kot kak bagi dia tumbuh..hihi
    en suami ada jg tanam ni, alhamdulillah menjadi...

    ReplyDelete
  2. kat belakang rumah punya dah kena tebang bla nk guna baru rs menyesal hehehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah yg cik suami tanam hidup dgn jayanya..

    ReplyDelete
  4. memang agak susah nak tanam kat bandar ni. kat kampung mmg senang je hidupnya kan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.