Sunday, October 13, 2019

Kucing datang rumah


Yang kat dalam tu kucing aku bela. Anak ambik dari sekolah.

Yang pakai kolar tu mak dia. Muka comel dan sweet. Anaknya pun sama comel. Maknya tu dah dimandulkan memandangkan dia dah duduk rumah aku. Kang beranak pinak pulak.

Mengintai dari luar tingkap je. Sesekali baru boleh masuk. Aku tak bagi duduk dalam rumah sebab si Leo tu dah pandai memancut.

Ni bukan kucing yang aku bela. Kucing kucing ni datang rumah sejak December 2018. Mulanya mak dia je yang datang mintak makan kat rumah aku. Lepas makan dia pun pergi. Nak makan datang lagi. Macam tu la hari hari. Masa mula datang tu mak dia tengah mengandung. Sampai masanya dia beranak kat mana pun aku tak tau. Tau tau bulan 12 hari tu datang bawak anak dah besar besar dan comel. Sejak dari hari tu depe pun menetap kat rumah aku. 3 ekor anak dia semuanya. 

 Aku ni pantang tengok kucing Kesian jadinya. Aku pun bagi makan setiap hari. Padahal aku dah ada 3 ekor kucing masa tu. Campo yang ni jadi 7 kucing aku. Time sakit aku rawat. Bawak ke klinik bagai. Ada sekor tu kaki dia bengkak. Maybe jatuh pokok kut. Terpaksa la angkut ke Vet. Tapi sekarang anak dia tinggal satu je. Yang satu tu dah mati bulan Februari hari tu sebab kena Parvo. Yang satu lagi pulak hilang ntah ke mana lepas raya hari tu. Dan inilah yang masih tinggal dengan aku bersama maknya.

2 beranak ni bebas kat luar rumah je. Aku memang tak bagi masuk dalam rumah. Tapi bila malam aku letakkan dorang kat belakang rumah aku demi keselamatan depe. Belakang rumah aku tu memang dah siap pasang jaring supaya depe ni tak lolos keluar. Ada jugak kucing kucing liar yang jahat datang mengacau dan bergaduh dengan depe kalau aku biar kat luar rumah waktu malam.

Nampaknya depe ni dah jadi penghuni tetap dah duduk rumah aku. Aku pun tak kesah. Jangan berak merata dah.

(Kalau mood rajin banyak betul nak update dalam blog ni.Lepas tu senyap beberapa hari).

 


4 comments:

  1. kat taman rumah pun banyak yang comey2 gak. tapi mak kasi main kat luar je. pandai depa mai time makan jahaha..

    ReplyDelete
  2. comel2 semua kak.. kucing ni dah jadi pnghibur kat rumah..kan? kdg hilang penat main dgn depa.. moga makin di murahkan rezeki dgn memberi kucing2 ni perlindungan & makanan:)

    ReplyDelete
  3. cantikla kucing2 tu..ankdara pencinta kucing

    ReplyDelete
  4. sama lah macam kak ana kat rumah ni, depa datang kita bagi makan main-main terus menetap. In Shaa Allah, Dia nak bagi ganjaran pahala kat kita kan :) Comel pulak tu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.