Thursday, October 31, 2019

Day 3 - Pak Bara ke Betong



Inilah chalet yang kami sewa.


Antara menu makan malam yang kami oder. Salah satunya ialah telur belangkas.


Dah bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan ke Betong.



Tempat kami bersarapan. 1 minit je dari Pak Bara Resort.


Macam macam air ada kat sini





Meriah sungguh makanan dia. Terasa macam berada di kampung.


Pulut ayam. Menu wajib yang ada kat sana. sedap.



Ni dah on the way ke Betong. Singgah sini jap untuk isi minyak dan rest. Kat Thailand tak ada RnR macam kita. Kalau nak berhenti rehat kena stop kat petrol pam. Surau pun disediakan.


Besarnya ayam dia.


Amazon Cafe ni terdapat di Petrol Pam yang terpilih sahaja. Kalau nak makan kek atau minum air sedap boleh singgah di sini. Air sedap tu macam lemon tea, green tea dan latte.


Ni dah sampai Betong. On the way nak pi makan malam terjumpa pulak post box gergasi ni. Post box ni paling besar di dunia rasanya.



Kedai makan Haji Nan. Lupa pulak nak ambik alamat. Lokasinya terletak di celah celah kedai. Agak tersorok jugak la dari tepi jalan besar tu. Tapi kalau rajin jalan jalan mesti jumpa.


Ni la antara menu yang kami oder. Yang specialnya kat sini ialah ikan siakap serai. Sedap jugak.


Tinggal ni je geng yang ada. Yang lain dah bawak haluan masing masing.


Dari Pak Bara kami berkumpul seawal jam 7 pagi untuk meneruskan perjalanan ke Betong. Kami bersarapan dahulu di gerai yang berhampiran dengan resort kami. Ada macam macam makanan di situ. Semuanya sedap sedap belaka.

Kami tiba di Betong jam 4.30 petang waktu Thailand. Lenguhnya duduk atas motor lama lama jangan cakap la. Rasa kebas sakit bontot semua ada. Kami check in di Hello hotel Betong. Terdapat banyak kedai urut di sekitar sini. Esoknya selepas makan tengah hari di  Betong kami meneruskan perjalanan balik ke KL. Sampai di rumah kira kira jam 11 malam dengan hujan di sepanjang perjalanan. Habis basah kuyup.

13 comments:

  1. bestnya kak, banyak betul makanan dia jual yang untuk sarapan tuh...

    tang tengok makanan kat kedai makan tu menarik jugak... cantik betul jalan2 waktu malam dengan deko lampu2 nya yang colorful

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best tgk mknn utk sarapan tu. rasa semua nak makn

      Delete
  2. Wah ekspedisi naik motor kuasa kuda ke Betong, hebatnya akak dengan team...suka baca catatan ringkas akak.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Akk tak pandai nak tulis ayat panjang panjang lah juju. Bab karangan ni tak boleh lawan juju. Juju lagi hebat menulis.

      Delete
  3. Replies

    1. Akk pun x leh masuk sgt telur belangkas ni. Nak nak ada high kolestrol nih

      Delete
  4. sedapnyaaa makanan. salam kenal.

    ReplyDelete
  5. cantik resort tu, apa namanya ye? seronok kan jenjalan dengan motor macam ni :)

    ReplyDelete
  6. teringin nak konvoi naik moto besar, tapi poketnya tak berapa nak besar.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. Seronoknya kak...kalau la dapat join...hahaha..kena cari laki la dulu kan...beli motor besar then baru berangan nak ikut macam akak

    ReplyDelete
  8. Cantiknya chalet tu. comel je rupanya. Best juga kan berkonvoi beramai ramai macam ni

    ReplyDelete
  9. Wahhh berkonvoi ke Betong eh.... Betong ni mmg lokasi faveret geng motor kan IL. Taunya sebab jiran tu pun join gak geng motor. Yg bestnya bila berjalan ni dapat merasa menu org ....

    ReplyDelete
  10. Menarik chaletnya..mkn2 di Thailand mmg meriah..telur belangkas tk pernah mkn..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.