Friday, October 11, 2019

Pau Inti Kari dan kaya





Mulanya anak sibuk nak pau kari. Susah nak cari pau kari yang frozen sekarang. So kena la buat sendiri. Kalau korang tau ada orang yang jual pau frozen, roger roger aku nanti eh. Ni pun beli set tepung pau yang dah siap ada tepung, gula, yis dan shortening. Inti kari kena buat sendiri ye. Mula tu buat pakai half dari tepung pau tu aje. Bimbang tak menjadi. Tapi nasib baik menjadi juga.

Baki yang half lagi aku buat pau inti kaya pulak. Kayanya aku beli yang dah siap kat kedai tu. Tak kose nak buat sendiri. Lagi senang. Tapi aku heran la, cam mana pau yang di jual kat kedai tu putih dan gebu. Kenapa bila buat sendiri tak jadi macam tu. 

Aku suka beli pau inti kacang merah kat Family Mart. Sedap. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.