Friday, October 11, 2019

Actifry Tefal


Hari tu tefal ada buat warehouse sale kat Quilt City Mall. Aku pi situ sebab nak cari senduk plastik yang tahan panas tu. Tapi benda yang aku nak tu tak de. Benda yang aku tak nak pulak ada. Sekali tengok actifry ni berkenan la pulak sebab pintu dia buka melalui atas. Lagi pun bekas kat dalam tu boleh di basuh. Aku tak berkenan sangat kalau air fryer yang buka macam laci tu. Lagipun cermin penutup actifry ni kaca. So boleh nampak makanan dah masak ke belum.

Tapi sampai sekarang aku belum pernah cuba pakai lagi acti fryer ni. Nak tanya. Ada ke kawan kawan kat sini yang ada acti fry macam ni. Senang tak nak guna benda ni. Ketinggalan betul aku ni. Orang lain dah lama beli air fryer ni. Aku je yang baru terhegeh hegeh beli. Tu pun tak reti nak guna.

Agak agak kalau bakar kambing dalam ni nak set berapa lama ek. Aku memang selalu buat lamb bbq ni. Tapi pakai pan aje. Tadi terbaca blog Mama Tisha yang  bakar kambing dengan air fryer. Teringin pulak nak cuba. Tapi tak tau berapa lama nak set timing tu.

Harga masa sale hari tu RM699. Dapat warranty 2 tahun. Harga asal kalau tak silap RM1500. Sekarang ni suka betul pegi bahagian periuk dapur ni kalau ke mall. Tak beli tengok pun jadi la.

3 comments:

  1. berapa rm tuh kak? menariknya... try google kak kot jumpa cara nk guna masak macam2... geram lak nengok comel lak tu

    ReplyDelete
  2. 1st time tgk brand tefal camni...mmg nk cpt guna air fryer je...sekejap je masak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.