Story Mory Cik Lala

Saturday, December 12, 2015

Pedang star wars punya pasal

Si kecik ni request nak pedang star wars. Tengah hari tadi bermula lah misi mencari pedang star wars. Tapi bila dah sampai Toy r us tengok harga pedang star wars tu RM600. Fuh kus semangat ibu dia. Sebagai gantinya dapat la hot wheel. Kalau balik tangan kosong mesti ada yang berair mata dalam diam nanti.


Yang si ibu pulak dah alang alang sampai ke Mid Valley tu pi la redeem baucer aeon. Dapat RM100. Tapi dah habis pun shopping tadi. Beli perfume kereta la. Pelekat label la. Lagipun Tak suka nak simpan baucer aeon tu sebab besar. Penuh purse.


Asal nawaitu nak cari pedang je untuk si anak. Tak pasal pasal pulak mak yang shopping. Mug ni muat 500 liter. Nak bawak pi opis. Senang nak isi barli lemon. Cantik tak  corak harimau tu.

5 comments:

  1. Nasib baik dia boleh kawtim lagi utk beli hot wheel... kalau dibuatnya nak jugak pedang star wars, memang rabak la jadinya... hehehe

    A ah, cantik lah mug tu...

    ReplyDelete
  2. Tak perlah IL... bila lagi nak soping! Duit bonus tahun lepas pun belum habis lagi kannnn hihi

    ReplyDelete
  3. mahalnya pedang starwars tu >.<

    ReplyDelete
  4. ayooo mahalnya rm600 huhuhu

    kak... beso betul mug tuh muat 500liter... 1 opis blh minum tuh huhuhu

    ReplyDelete
  5. Ada juga nampak mug tu kat Aeon, nasib baiklah belum teruja nak membelek dan membeli ^_^ Biasalah tu selalu macam tu. Asalnya nak cari satu barang aje tapi bila balik, macam-macam barang dapat! Saya ni kalau keluar siap bawa list lagi apa nak beli tapi bila balik tak satu pun dalam list yang saya beli, tapi troli penuh. Macamana tu? @_@

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.