Story Mory Cik Lala

Saturday, May 9, 2015

Tudung oh tudung


Hari Jumaat rehat kan panjang. Apa lagi. Jauh saya angkat kaki. Hajat hati dah lama nak pegi shopping tudung ni. Tapi ada je hal. Jumaat ni alhamdulillah plan menjadi. Sensorang pun jadik.

Pukul 12.15 saya dah keluar opis. Nak shopping punya pasal. Semangat ni. Sampai kat Jalan Tar tu aktiviti shopping pun bermula. Pening tengok tudung tudung kat situ. Cantik bangat. Rasa cam nak borong semua. Pegi sorang sorang lagi senang. Kalau pegi hari sabtu ahad kena bawak anak anak. Nak tinggal tak sampai hati pulak.

Apa yang saya shopping?? 

Tudung syria 10 helai sebab tudung syria ni susah nak jumpa. Selalu cari takde. Bila dah jumpa saya borong sakan. Lagi pun kalau beli 1 RM18. Kalau beli 10 dapat RM7 sehelai.

6 helai instant shawl. Gambar yang kat atas tu adalah instant shawl yang saya beli. 3 helai material chiffon. 3 helai lagi material yang tak tau nama tapi sumpah selesa bila di pakai. Saya tak suka instant shawl yang kain cotton tu sebab pendek dibahagian belakang. Lagipun kain cotton tu cam berat sikit. Hah lega. Happy sangat dapat apa yang di idamkan.

Rasanya cukup la koleksi shawl setakat ni. Takde la nak beli sampai penuh almari. Nanti jemu pulak sebab balik balik fesyen yang sama. Cukup la tu. Janji ada kan.

4 comments:

  1. Bestnya kalau dapat shopping tudung kat Jalan TAR....tulah IL org ckp tudung kat situ murah murah, tambah lagi kalau beli banyak

    ReplyDelete
  2. cantik2 juga shawl tu kak.. sy tak reti guna shawl..skrg ni dok guna bawal jer...hehe

    ReplyDelete
  3. kan.asalkan selesa.
    waduh kak.saya hampir setahun dh ni tak p jalan tar lagi.. sejak dr bersalinkan Rania..
    sekali tu nk jga bwa Rania ke sana.. tapi ayahnya nggak mahu.tak mau bersesak dgn org katanya..

    ku tahan jebat.. hahahhaa

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.