Saturday, October 12, 2019

Cari kawan biar macam cermin

100th Post Celebration Japan Planner Giveaway


Japan planner giveaway

Dah lama tak join GA ni. Nak try join jugak lah. Harap harap ada rezeki. Jom kawan kawan join GA nih.

Renew passport di Imigresen Wangsa Maju




Kebetulan hari tu sekolah bagi cuti Jerebu. Aku ambik kesempatan ni angkut anak anak untuk renew passport. Pasport kami akan expired bulan December 2019. Sepatutnya kena renew sebelum 6 bulan expired. Kalau belum renew dalam tempoh tu memang tak boleh la kalau nak ke over the sea.

Masa mula mula buat passport hari tu buat kat UTC Sentul Tapi hari tu pergi UTC Sentul, pejabat hanya beroperasi sampai jam 5.30 sahaja. Kalau hari sabtu buka jugak. Tapi ramai orang lah nanti. Maklum lah hari cuti kan. So encik hubby ajak pi renew passport ni kat Imigresen Wangsa Maju je. Dia kata tak ramai. Wallawei. Nak makan angin punya pasal kan. Sanggup la pi renew passport tu.

Aku dah siap siap photostate ic dan surat beranak anak anak dari rumah dengan cetakan berwarna. Pukul 2 tepat kami pun terjah masuk imigresen tu nak ambik nombor. Sekali dokumen yang aku fotostate tu tak laku sebab Imigresen nak dokumen yang kaler hitam putih. Makanya terpaksa la aku pi fotostate sekali lagi yang hitam putih pulak. Terpaksa la ambik nombor lambat. Adoi la. So korang yang nak renew passpport ni jangan gatal gatal nak fotostate warna warni bagai. Kena reject ko.

Lepas dah fotostate tu kena la beratur semula untuk ambik nombor balik. Proses kami renew pasport tu selesai dalam tempoh 2 jam je. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan. Pasport tahun ni dalam tu kaler biru pulak tau. Cantik ada gambar flora dan fauna yang ada di Malaysia.

Kepada yang nak buat pasport atau renew pasport, make sure dari rumah pakai siap siap tudung kaler hitam. Atau  bawak spare pun boleh. Kalau pakai siap siap lagi mudah. Tak payah tukar tukar dah.

Itu lah sahaja kisah aku renew pasport. Bayarannya hanya RM200 je sorang untuk tempoh 5 tahun. Kalau untuk warga emas RM100 je untuk tempoh 5 tahun. Kalau warga emas dorang bagi layanan special. Tak payah tunggu berlama-lamaan kat situ. Datang je terus dapat nombor special tu.

Kesimpulannya korang kalau nak renew or buat pasport datang la ke Imigresen Wangsa Maju ni. Insha Allah tak perlu beratur panjang.

Friday, October 11, 2019

Masak Lamb chop dengan Actifry




Menjadi jugak aku masak lamb chop dengan menggunakan actifry nih. Sedap. Just masukkan lamb dalam tu, then setkan masa dalam 15 minit then on sahaja. Suhu aku tak set pun sebab tak reti. Tapi alhamdulillah lamb aku masak dan sedap.Next trial nak bakar ayamas or nugget pulak dalam ni.

Pau Inti Kari dan kaya





Mulanya anak sibuk nak pau kari. Susah nak cari pau kari yang frozen sekarang. So kena la buat sendiri. Kalau korang tau ada orang yang jual pau frozen, roger roger aku nanti eh. Ni pun beli set tepung pau yang dah siap ada tepung, gula, yis dan shortening. Inti kari kena buat sendiri ye. Mula tu buat pakai half dari tepung pau tu aje. Bimbang tak menjadi. Tapi nasib baik menjadi juga.

Baki yang half lagi aku buat pau inti kaya pulak. Kayanya aku beli yang dah siap kat kedai tu. Tak kose nak buat sendiri. Lagi senang. Tapi aku heran la, cam mana pau yang di jual kat kedai tu putih dan gebu. Kenapa bila buat sendiri tak jadi macam tu. 

Aku suka beli pau inti kacang merah kat Family Mart. Sedap.