Saturday, March 23, 2019

Kesayangan


Mulanya bela sekor je. Lepas tu bertambah tambah pulak anak bulus ni. Sekarang dah jadi 5 ekor. Tu pun sebab sekor dah mati. 


Ni namanya Tam. Tengok la mata dia tu. kalau tengok orang macam nak terkeluar biji mata. 


Ni nama dia Ct Oyen. Datangnya dari mana ntah la. Menumpang kat rumah ni 2 minggu dan akhirnya jadi tuan rumah terus.


Ni namanya Leo dan Ciko. Asalnya mak dia dok datang makan kat rumah. Bulan 12 tahun lepas siap angkut anak anak lagi datang rumah. 3 ekor anak dia semua. Tapi sekor dah mati bulan februari hari tu.


Ni nama dia gemok. Kejenya makan je. Kejap kejap makan.

Sebenarnya malas nak bela kucing. Duduk bandar ni leceh kalau bela kucing. Kalau duduk kampung senang sebab kucing bebas kat luar rumah. Tak payah nak sediakan litter box bagai. Ni bangun pagi pagi dah kena uruskan kucing sampai la ke malam tak habis habis dengan kucing. Nak buang sayang pulak. Nak tak nak bela la selagi terdaya.


1 comment:

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.