Story Mory Cik Lala

Tuesday, January 5, 2016

Danial darjah satu




Pejam celik pejam celik dah darjah satu. Mak ni cuti 3 hari sempena anak darjah satu. 3 kali je seumur hidup hantar anak darjah satu kan. Hari pertama dan kedua berhantar berambik bagai. Tapi mak handle tang hantar je. Tang balik ayah pulak handle. Tak mampu nak handle dua dua. Semalam pun sakitnya kepala berdenyut denyut. Lepas budak budak rehat terus balik rumah telan ubat sakit kepala. Fuh panas terik sangat. Tu la manusia ni kan. Panas merungut. Hujan merungut. Tak baik tau.

Hari kedua ni berhantar lagi. Danial kata petang nak balik dengan kawan naik van. Kalau macam tu petang nanti ayah eskot Danial sampai naik van ye.  Nasib baik la kawan baik dia masa tadika dulu sama kelas. Happy la dia.

Esok pun berhantar jugak kut sementara mak ni cuti. Tapi tak tunggu dah la. Bukan senang nak dapat peluang hantar anak sekolah petang pi sekolah. Selalunya time ni kan kat opis je. Maklum la maknya karier women. Ha ha ha. Karier la sangat. Nak resign tak dapat approval. Kena la keje. Kang sape nak bayar duit kete den tu ha. Sape nak bagi duit isi minyak, duit shopping bagai. 

20 comments:

  1. Dah darjah satu Danial ye IL..
    Steady jer gi sekolah tu..
    Ye lah kena juga hantar dah tu yg terakhir nak darjah satu kan..
    Lama juga IL cuti tu.
    CH dulu sehari jer hahahha.
    Dah dua tahun ni tak cuti dah..
    Bagi ofis met yg ada anak darjah satu cuti pulak..

    ReplyDelete
  2. bt masa seminggu nih mana2 yg anak darjah 1 mmg gitu lah.... bkn senang dia nk belajar naik bas ke van sorang2 kn... itu kene jenguk2 jgk tuh... lain la ada abg ke kakak sekali kt sekolah tu

    ReplyDelete
  3. bkn slalu dpt peluang antar ank sekolah 1st day kn...kenangan terindah...amy cuti sehari je

    ReplyDelete
  4. Wah berani jugak Danial ya baru hari kedua dah nak balik sendiri naik van. Good boy. Teringat adik kita dulu sampai dekat setahun mak hantar, tunggu kat sekolah sampai balik. Kalau mak takde dia nangis. Hihihii...Manja terlampau. Skg dah 22 tahun pun dia. Mak pun dah setahun lebih meninggal. Hebat betul pengorbanan semorang ibu. Respect.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...jalan2 cari kawan ...yaya dah follow sini....follow back yek...
    mohon kunjungi dan tinggalkan komen di sini
    http://www.yayacendana.com/2016/01/pergi-seminar-di-agrofarmstay-durian.html

    tq ^_^

    ReplyDelete
  6. Seronok tgk org yg ada anak sek rendah ni...zaman kak atie nk htr/ambik anak sekolah dah berlalu.Klu dulu ..kerja tetap kak atie htr-ambik anak dr sekolah....sekolah KAFA...tuisyen & mengaji Al Quran.Kdg2 rinduuuu saat2 itu bila anak dah bsr nih....

    ReplyDelete
  7. selamat memasuki alam psekolahan buat danial..
    alhamdulillah..dia nmpak ok je tu...

    ReplyDelete
  8. beso dah anak bongsu akak ni... myg ada 2 kecik yg menunggu ni..

    ReplyDelete
  9. Nasib Danial tak nangis IL....kalau nangis letih jugak nak melayan tu....

    Masa saya kerja dulu, mmg satu nikmat sangat tau kalau dpt cuti ni...

    ReplyDelete
  10. Dah masuk tahun 1 yer Danial..semoga rajin2 bljr yer

    ReplyDelete
  11. dah besar anak2 sekarang ni, semoga dipermudakan urusan mereka

    ReplyDelete
  12. Salam.

    samalah. saya pun ambil cuti semata mata nak hantar anak ke sekolah. anak masuk sekolah kita yang terlebih excited nak menghantar kan..heh

    ReplyDelete
  13. Assalam. Selamat bersekolah Danial. ;)

    ReplyDelete
  14. masa anak naik darjah 1 tahun lepas, saya memang setiap masa rasa risau juga. tapi alhamdulillah dia ok saja, insyaAllah sebaiknya utk danial juga

    ReplyDelete
  15. assalamualikum cik lala
    salam singgah pepagi ni
    wah dh masuk sekolah ke alhamdulillah

    ReplyDelete
  16. Itulah dikatakan pengorbanan.
    Sama-sama berkorban demi kebahagiaan keluarga
    Tak apa didik anak lebih berdikari dan kita mencari rezeki.

    ReplyDelete
  17. selamat menempuhi alam psekolahan danial

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.