Monday, April 2, 2012

De Palma Hotel Kuala Selangor

Hari Sabtu lepas kami ke Hotel De Palma Kuala Selangor sebab Encik Hubby ada reunion sekolah lama dia. Kami sampai di sana kira kira pukul 4.00 petang. Anak-anak dah tak sabar nak mandi kolam kat sana. Lepas turunkan barang dari kereta dan cek in, sume pakat - pakat tukar dengan baju mandi masing masing. Sempat jugak aku bergurau mengatakan yang aku tak bawak baju mandi mereka. Sume muka dah masam mencuka. Budak budak dan air kan tak boleh dipisahkan.


Chalet tempat kami menginap


Kolam mandi. Walaupun kecik tapi selesa.


Suasana dalam chalet.

Rata ratanya majlis ini cukup menarik walaupun simple. Kawan kawan encik hubby yang hadir seramai 15 buah keluarga. Tak sempat saya nak snap banyak gambar disebabkan kesibukan menguruskan anak-anak yang tak tau penat berendam dalam air. Walau macam mana pun tahun depan mereka bercadang untuk  mengadakan lagi aktiviti seperti ini.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen dan jangan lupa datang lagi.